Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
135) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah kerajaan bagi memastikan maklumat program terkini sampai dan difahami oleh pimpinan bawahan?
Kebanyakan maklumat program terkini diselaraskan di pejabat sekretariat, Pejabat Dato’ Menteri Besar yang menyalurkan maklumat terus kepada semua Ahli-ahli Dewan Negeri dan penyelaras DUN masing-masing untuk memastikan program maklumat terkini ini sampai dan difahami pimpinan peringkat bawahan. Sebarang maklumat program kerajaan negeri juga disebarkan menerusi pelbagai medium media massa sama ada 35
Secara atas talian ataupun televisyen ataupun akhbar. Antaranya adalah pautan TV Selangorku, penerbitan akhbar Selangorku, Selangor Kini dan mulai tahun hadapan akan meluluskan penerbitan akhbar Selangor Times. Kerajaan negeri juga turut memiliki agensi berita khusus iaitu CCSB atau Communication Corporation Sdn Bhd untuk memastikan maklumat program disebarluaskan pada rakyat. Pengurusan MBI yang baru akan meneliti semula struktur CCSB supaya diperkemaskan agar sistem penyampaian maklumat ini dapat diperkemaskan dan dipertingkatkan. Pelbagai langkah juga telah dibuat untuk mengurangkan kerenah birokrasi di antaranya ialah hari bertemu pelanggan yang dianjurkan oleh pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor.
-
Apakah mekanisma penerangan kerajaan dalam memberi maklumat, pendidikan dan kesedaran kepada rakyat?
Sama seperti di SUB (a)
-
Apakah langkah kerajaan bagi mengelakkan birokrasi dalam pentadbiran dan memberi perkhidmatan kepada rakyat?
Sama seperti di SUB (a)