Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
221) PENGURUSAN DAN PEMBAIKAN CERUN SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah lokaliti cerun dan bilangan kes tanah runtuh berlaku antara tahun 2008 hingga Jun 2017?
Mengikut maklumat yang diperolehi daripada Unit Pengurusan Bencana SUK Selangor yang mula ditubuhkan pada tahun 2014, bermula tahun 2014 sehingga tahun 2017 direkodkan sebanyak lapan (8) kes kejadian tanah runtuh / tanah mendap telah berlaku di Negeri Selangor. Maklumat berkaitan dilampirkan bersama.
Mengikut maklumat yang diperolehi daripada JKR Malaysia, Cawangan
Kejuruteraan Cerun (CKC), daripada tahun 2008 hingga tahun 2017 sebanyak
(182) kes kejadian tanah runtuh / mendap telah dilaporkan berlaku di seluruh Negeri Selangor melibatkan jalan dan bangunan sahaja. Maklumat berkaitan dilampirkan bersama.
-
Apakah pelan pengurusan dan pembaikan cerun Kerajaan Selangor dan bajet tahun 2017?
Bagi tahun 2017, JKR Selangor memperolehi peruntukan perbelanjaan pembangunan dibawah VOT:P12/P.K1 Pelbagai Rancangan iaitu sebanyak RM 600,000.00 untuk tujuan membaikpulih cerun di seluruh Selangor.
-
Berapakah kematian dan kerugian kes tanah runtuh tahun 2008 hingga Jun 2017?
Mengikut Maklumat yang diperolehi daripada Unit Pengurusan Bencana SUK, daripada tahun 2014 sehingga 2017 yang melibatkan (8) kes kejadian tanah runtuh / tanah mendap, jumlah keluarga yang terlibat adalah sebanyak (34) keluarga dan (375) mangsa. Maklumat berkenaan dilampirkan bersama.