Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

196) PENGURUSAN CERUN DI DUN TERATAI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam pengurusan cerun di DUN Teratai dalam tahun 2013 dan berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk tahun 2013?

    Pemantauan dan pemeriksaan cerun berisiko dalam DUN Teratai dilaksanakan secara berkala dan berjadual. Ianya dilakukan sekurangkurangnya sekali setahun. MPAJ telah menyediakan sebanyak RM 2.5 juta peruntukan untuk penyelenggaraan cerun di dalam kawasan pentadbiran MPAJ. Agihan peruntukan adalah mengikut keperluan di tapak. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan pinjaman sebanyak RM 4 juta untuk tujuan penstabilan cerun kepada MPAJ. Ianya melibatkan 5 projek penstabilan cerun berisiko yang kritikal. Dalam DUN Teratai ianya berada di lokasi Taman Seraya berhampiran bulatan Taman Seraya.

  2. Berapakah permohonan peruntukan yang diminta oleh MPAJ dan diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam pengurusan cerun?

    Pada ketika ini MPAJ telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi menstabilkan 12 cerun dengan kos sebanyak RM 38,600,00.00 kepada Kerajaan Negeri. Sehingga kini, Kerajaan Negeri hanya meluluskan sebanyak RM 4 juta secara pinjaman dengan kadar faedah 4 % kepada MPAJ untuk menstabilkan cerun di 5 lokasi cerun kritikal.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.