Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
66) PENGURUSAN BENCANA DAERAH
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah pengurusan bencana daerah tidak melibatkan ADUN kawasan dalam pengurusan bencana daerah seperti perlaksanaan PKPD, penempatan PPV dan CAC, dan juga perlaksanaan Program Vaksin Outreach?
Berdasarkan Arahan MKKN No. 20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana) pengurusan bencana adalah dikendalikan secara bersepadu oleh agensi dan Jabatan Kerajaan yang berkaitan sama ada di peringkat Pusat, Negeri mahu pun Daerah supaya tindakan di setiap peringkat menjadi lebih efisien dan efektif.
Pegawai Daerah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bertanggungjawab menyelaras segala tindakan berkenaan operasi mencari dan menyelamat, pengambilalihan dan penyediaan peralatan dan jentera serta lain-lain bantuan kecemasan seperti makanan dan rawatan agar perkara-perkara tersebut diuruskan dan dilaksanakan secara teratur. Keanggotaan di dalam JPBD hanya melibatkan agensi atau Jabatan Kerajaan yang mempunyai skop serta bidang tugas atau perkhidmatan teras dalam pengurusan bencana.
Walau bagaimanapun, penglibatan ADUN Kawasan amatlah digalakkan dalam memberikan bantuan dan pemulihan kepada mangsa bencana. Perkara tersebut perlulah diuruskan melalui Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang mana PKMD merupakan salah seorang anggota Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
Bagi program-program yang dianjurkan secara terus oleh agensi peneraju seperti program PPV (agensi peneraju – CITF), CAC dan Program Vaksinasi Outreach (agensi peneraju – KKM), pihak ADUN Kawasan amatlah dialu-alukan untuk memberikan bantuan bagi pelaksanaan program tersebut melalui agensi peneraju.