Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

18) PENGURUSAN BENCANA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri dalam pengurusan bencana dan kesiapsiagaan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, secara umunya Kerajaan Negeri telah melaksanakan kesiapsiagaan melibatkan semua agensi/jabatan dalam menghadapi bencana. Semua agensi/jabatan memainkan peranan selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.

  2. Bagaimanakah kerajaan negeri memastikan kesiapsiagaan terhadap bencana alam seperti banjir?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Melalui inisiatif Smart Selangor dibawah domain Smart Disaster Management, Kerajaan Negeri telah menyediakan Smart Selangor Operation Centre (SSOC) dan District Disaster Operation Centre (DDOC) dengan kerjasama strategik oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Bahagian Pengurusan Maklumat dan 9 Pejabat Daerah & Tanah serta Smart Selangor Delivery Unit (SSDU). SSOC berfungsi untuk memantau indikasi petunjuk cuaca serta menyelaras komunikasi dengan DDOC dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat dalam menangani kejadian Bencana di Negeri Selangor.

  3. Apakah sistem peringatan awal dan langkah evakuasi yang telah disiapkan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, dalam memastikan pelaksanaan skop kerja pemantauan, ramalan dan amaran banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor mempunyai stesen hidrologi di seluruh Negeri Selangor. Stesen hidrologi utama terdiri daripada Stesen Telemetri (hujan dan aras air), Siren, Internet Protocol (IP) Camera dan Rangkaian Hidrologi National (RHN). Bagi mendapatkan data-data taburan hujan dan aras air, stesen telemetri hujan dan aras air telah dibina di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh daerah di Negeri Selangor. Sehingga kini, terdapat 146 stesen telemetri hujan (RF), 82 stesen telemetri aras air (WL), 119 stesen siren dan 72 stesen IP Kamera. Stesen tersebut berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk memberi amaran awal kemungkinan berlakunya banjir di kawasan-kawasan berisiko dan hotspot

     

    Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor telah melaksanakan penyelarasan pelan tindakan operasi agensi keselamatan dan langkah evakuasi bagi setiap sembilan (9) daerah di Negeri Selangor seperti berikut :

     

    Bil. Daerah Agensi/Jabatan Jumlah Keseluruhan Anggota/Aset
    1. Petaling ·   PDRM (IPD : Petaling jaya, Gombak, Ampang Jaya dan Serdang

    ·   JBPM ( Balai : Kota Anggerik, Shah Alam, Puchong, Subang, Damansara, Penchala, PJ, Serdang dan SB)

    ·   ATM (Rejimen 502(AW)

    ·   APM (Petaling, Klang, Kuala Langat)

    Keanggotaan – 1,191

    Bot – 47

    4×4 – 28

    Lori – 23

    2. Klang ·   PDRM (IPD : Klang Utara, Klang Selatan, Subang Jaya, Shah Alam)

    ·   JBPM (Balai : Andalas, Kapar, P. Klang, Kota Raja, Sg Pinang, Fire Post)

    ·   ATM (4 RAMD)

    ·   APM (Petaling, Klang, Kuala Langat)

    ·  Keanggotaan – 792

    ·  Bot – 53

    ·  4×4 – 33

    ·  Lori – 25

     

    3. Kuala Langat ·   PDRM (IPD : Kuala Langat, Sepang, KLIA, Kajang)

    ·   JBPM (Balai : Teluk Panglima Garang, Banting)

    ·   ATM (25 RAMD)

    ·   APM (Petaling, Klang, Kuala Langat)

     

    ·  Keanggotaan – 525

    ·  Bot – 45

    ·  4×4 – 12

    ·  Lori – 13

     

    4. Hulu Langat ·   PDRM (IPD : Kuala Langat, Sepang, KLIA, Kajang)

    ·   JBPM (Balai : Ampang, Pandan, BTHO, Kajang, Bangi Semenyih)

    ·   ATM (31 RAD)

    ·   APM (Hulu Langat, Sepang, Gombak)

    ·  Keanggotaan – 681

    ·  Bot – 38

    ·  4×4 – 17

    ·  Lori – 15

     

    5. Sepang ·   PDRM (IPD : Kuala Langat, Sepang, KLIA, Kajang)

    ·   JBPM (Balai : Cyberjaya, Sepang, Dengkil, KLIA)

    ·   ATM (1 RAMD)

    ·   APM (Hulu Langat, Sepang, Gombak)

    ·  Keanggotaan – 671

    ·  Bot – 38

    ·  4×4 – 14

    ·  Lori – 13

     

    6. Gombak ·   PDRM (IPD : Gombak, Petaling Jaya, Ampang Jaya, Serdang)

    ·   JBPM (Balai : Selayang, Batu Arang)

    ·   ATM (25 RAMD)

    ·   APM (Hulu Langat, Sepang, Gombak)

    ·  Keanggotaan – 848

    ·  Bot – 26

    ·  4×4 – 21

    ·  Lori – 20

     

    7. Sabak Bernam ·   PDRM (IPD : Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sungai Buloh)

    ·   JBPM (Balai : Sabak Bernam, Sungai Besarm Sekinchan)

    ·   ATM (Rejimen 502 (AW))

    ·   APM (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor)

    ·  Keanggotaan – 519

    ·  Bot – 28

    ·  4×4 – 20

    ·  Lori – 17

     

    8. Kuala Selangor ·   PDRM (IPD : Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sungai Buloh)

    ·   JBPM (Balai : K. Selangor, Bestari Jaya, Tg. Karang)

    ·   ATM (4 RAMD)

    ·   APM (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor)

    ·  Keanggotaan – 485

    ·  Bot – 30

    ·  4×4 – 19

    ·  Lori – 20

     

    9.  

    Hulu Selangor

    ·   PDRM (IPD : Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sungai Buloh)

    ·   JBPM (Balai : KKB, Bukit Sentosa, Rawang)

    ·   ATM (4 RAMD)

    ·   APM (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor)

    ·  Keanggotaan – 515

    ·  Bot – 31

    ·  4×4 – 20

    ·  Lori – 21

     

Lampiran

Tiada Lampiran.