Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

44) PENGURUSAN BENCANA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur bantuan bencana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri supaya proses pendaftaran mangsa bencana adalah sistematik dan tersusun dari peringkat MPKK ke Pejabat Daerah?

    Kerajaan Negeri melaksanakan penyaluran bantuan berdasarkan ketetapan Trust Deed Tabung Bencana Khas Negeri Selangor (TBKNS). Tatacara penyaluran bantuan bencana bermula dengan pengumpulan data mangsa bencana oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan seterusnya dikemukakan kepada Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN). Tuntutan yang dikemukakan perlu disertakan dengan dokumen seperti salinan kad pengenalan, Laporan Polis serta Laporan Bergambar. Tatacara tuntutan terperinci adalah seperti di rajah:

     

    Secara umumnya, kejadian bencana dikategorikan seperti berikut :

    i) Kategori kejadian bencana berskala kecil:

     

    Pejabat Daerah dan Tanah akan memproses tuntutan wang ihsan daripada pihak mangsa dalam tempoh masa tujuh (7) hari sekiranya penyaluran adalah tidak melebihi jumlah RM50,000.00 dan dokumen lengkap mangsa seperti salinan kad pengenalan ketua keluarga, laporan dan bukti bergambar kejadian bencana yang dialami serta laporan polis.

    ii) Kategori kejadian bencana berskala besar:

     

    Kejadian bencana yang berskala besar adalah melibatkan jumlah amaun sumbangan yang melebihi RM50,000.00 dan bilangan mangsa yang ramai akan diproses dalam tempoh masa satu bulan daripada tarikh permohonan. Proses bancian mangsa yang terkesan akan dilaksanakan terlebih dahulu dan pengumpulan dokumen lengkap serta semakan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah. Walau bagaimanapun, penyaluran sumbangan kepada mangsa akan disalurkan dengan kadar segera.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi bantuan peralatan keselamatan kpd semua KRT berdaftar untuk menghadapi banjir?

    Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang berdaftar boleh memohon bantuan peralatan keselamatan daripada Pihak Berkuasa Tempatan bagi menghadapi kejadian bencana banjir sewaktu musim monsun timur laut.

Lampiran

Tiada Lampiran.