Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
341) PENGURUSAN BANJIR DI KOTA KEMUNING DAN BUKIT RIMAU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang telah dan akan diambil dalam pengurusan banjir di DUN Kota Kemuning, khususnya di kawasan Bukit Rimau dan Kota Kemuning yang baru ini dilanda banjir kilat?
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menangani isu banjir yang berlaku di DUN Kota Kemuning, khususnya di kawasan Bukit Rimau dan Kota Kemuning yang baru ini dilanda banjir kilat. Terdapat projek-projek tebatan banjir yang telah diluluskan dan dalam pelaksanaan di seluruh Negeri Selangor yang mana setiap projek tersebut dijangka dapat mengurangkan kejadian banjir yang berlaku di kawasan yang terlibat. Kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala dan one-off juga sentiasa dilaksanakan bagi memastikan saliran-saliran berada dalam keadaan baik terutamanya semasa musim Monsun Timur Laut (MTL).
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan masing-masing sebanyak RM49.1 juta dan RM140.7 juta untuk melaksanakan projek mitigasi banjir di DUN Kota Kemuning. Antara projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
MBSA
Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan banjir bagi kawasan Bukit Rimau dan Kota Kemuning yang mana di bawah JPS serta JKR adalah di bawah seliaan agensi tersebut. Bagi kawasan Kota Kemuning, pihak Majlis hanya menyelenggara di dalam kawasan pentadbiran Majlis sahaja yang telah termasuk di dalam plan kajian tebatan banjir. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis telah melantik perunding bagi kajian tebatan banjir secara di kawasan Seksyen 25 hingga 36. Kajian ini meliputi skop kerja “Drainage Masterplan dan Flood Modeling”. Tempoh masa kajian ini adalah selama 12 bulan bermula pada bulan November 2024 merangkumi skop kerja fly lidar & data survey, flood modelling & simulation serta cadangan menaiktaraf bagi tebatan banjir di kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu, hasil dari kajian tersebut, pihak perunding akan menyenaraikan pelan tindakan banjir dan cadangan projek menaiktaraf di kawasan kajian menggunakan pilihan ARI 10, ARI 20 dan ARI 50 berserta kos untuk mengatasi isu banjir di lokaliti ini.
-
Apakah pelan jangka pendek dan panjang untuk mencegah kejadian ini daripada berulang?
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menangani isu banjir yang berlaku di DUN Kota Kemuning, khususnya di kawasan Bukit Rimau dan Kota Kemuning yang baru ini dilanda banjir kilat. Terdapat projek-projek tebatan banjir yang telah diluluskan dan dalam pelaksanaan di seluruh Negeri Selangor yang mana setiap projek tersebut dijangka dapat mengurangkan kejadian banjir yang berlaku di kawasan yang terlibat. Kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala dan one-off juga sentiasa dilaksanakan bagi memastikan saliran-saliran berada dalam keadaan baik terutamanya semasa musim Monsun Timur Laut (MTL).
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan masing-masing sebanyak RM49.1 juta dan RM140.7 juta untuk melaksanakan projek mitigasi banjir di DUN Kota Kemuning. Antara projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
MBSA
Pelan jangka pendek dan jangka panjang di kawasan Kota Kemuning di bawah seliaan Majlis adalah dengan melaksanakan penyelenggaraan secara berkala melalui lawatan-lawatan, semakan tapak serta aduan yang diterima oleh pihak Majlis.