Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

129) PENGURUSAN BANJIR & AKTIVITI MENDALAMKAN SUNGAI LANGAT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang telah diambil sepanjang tempoh 2013 sehingga kini untuk meningkatkan kecekapan pengurusan banjir terutama di DUN Dusun Tua.

    Tindakan awal yang telah diambil oleh Jabatan:-

    1. Penyelenggaraan Sungai Langat dan anak-anaknya dari Batu 14 hingga Kuala Perdik sebanyak 2 kali setahun.
    2. Kerja-kerja pengeluaran pasir oleh pihak Semesta. 2 Kontraktor telah dilantik olehnya di kawasan Dusun Nandin dan Kg. Sg. Serai.
    3. Pembinaan ‘culvert’/pembentong di kawasan Kg. Sg. Serai oleh pihak JKR.

    Perancangan Jangka Panjang :-

    1. Telah menyenaraikan Projek Lembangan Sg. Langat dalam Permohonan Peruntukan RMKe-11 Federal.
    2. Telah menyenaraikan beberapa kerja di Dun Dusun Tua dalam Permohonan Peruntukan RMKe-11 Negeri.

    Pada Tahun 2014, 2 kerja sebutharga telah dilaksanakan di dun Dusun Tua:-

    1. Kerja-kerja Pengorekan dan Pembaikan Tebing di Kawasan Rantau Panjang.
    2. Kerja-kerja Pengorekan dan Pembaikan Tebing di Kawasan Sg.

    Semungkis.

    Di        antara punca banjir yang sering yang dikesan yang mengakibatkan berlakunya kejadian banjir adalah seperti berikut:

    1. Hujan lebat selama 2 – 3 jam mengakibatkan sistem sediada tidak cukup untuk menampung pertambahan kuantiti air.
    2. Sungai cetek, sempit dan hakisan tebing iii) Masalah ‘Backflow’ dari ‘Downstream’ iv) Masalah sistem saliran/perparitan dalaman

    Antara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah banjir adalah seperti berikut :

    1. Rancangan tebatan banjir/mencegah banjir seperti mendalamkan dan melebarkan sungai.
    2. Pengukuhan tebing bagi mengelak dan mengawal hakisan tebing iii) Membina kolam takungan banjir.
    3. Menaiktaraf sistem perparitan di kawasan padat penempatan dan kawasan yang sering banjir
    4. Mewajibkan syarat-syarat MASMA dalam mana-mana permohonan pembangunan
    5. Mematuhi syarat-syarat kelulusan teknikal bagi semua permohonan lintasan (paip, kabel, jalanraya, jambatan dan lain-lain) yang melintasi sungai.
    6. Larangan pencerobohan/binaan bangunan di atas rizab sungai serta dalam kawasan dataran banjir.
    7. Pengorekan sungai secara berkala.

     

  2. Sila nyatakan di antara JPS dan Kumpulan Semesta pihak manakah yang bertanggungjawab untuk mendalamkan sungai dan membaiki tebing-tebing sungai.

    Secara dasar, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sungai termasuklah mendalam dan membaiki tebing-tebing sungai. Ini adalah selaras dengan dengan fungsi JPS berdasarkan Ministerial Function Act 1969: Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1990 – DID role in river management in on flood mitigation and river conservancy.

    Namun begitu, dalam kes yang melibatkan skim perlombongan pasir oleh Kumpulan Semesta di negeri ini, pihak JPS mengenakan syarat supaya pihak operator bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sungai dari semasa ke semasa. Ini adalah untuk memastikan aktiviti perlombongan pasir yang dijalankan tidak akan memberi sebarang kesan negatif kepada keupayaan hidrolik serta kestabilan tebing sungai yang boleh menjejaskan kualiti alam sekitar.

    Sebarang kecuaian atau kegagalan pihak operator untuk menunaikan tanggungjawab ini boleh mengakibatkan permit mereka digantung atau ditamatkan oleh pihak berkuasa berdasarkan laporan teknikal oleh jabatan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.