Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
167) PENGURUSAN BANJIR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah sumbangan yang telah diberikan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri kepada penduduk yang mengalami kerosakan hasil pertanian akibat banjir dan bencana alam mengikut daerah?
Sumbangan yang telah diberikan Kumpulan MBI kepada penduduk yang mengalami kerosakan akibat banjir dan bencana alam seperti berikut :
Bil Nama Syarikat
Jumlah sumbangan tahun 2022 (RM)
1 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
813,572.00
2 Kumpulan Semesta Sdn Bhd
*turut menyumbangkan air mineral aquasel di kawasan banjir dan bencana alam.
6,500,000.00
Jumlah
7,313,572.00
Sumbangan untuk aktiviti CSR MBI adalah mengikut kategori / program seperti berikut:-
- Keagamaan / Moral / Kebajikan
- Pembangunan infrastruktur
- Program Kerajaan Negeri
- Pembangunan Sukan
- Pambangunan Sosial
- Pendidikan
-
Sejauh mana hasrat Kerajaan Negeri menambahbaik aset Kerajaan Negeri bagi menghadapi kemungkinan banjir besar?
Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 2 Ogos 2022 yang lalu telah menggariskan ZPE-SMG di dalam Pemacu Perubahan 7, merangkumi tiga (3) projek utama termasuk pelaksanaan projek Pengurusan Sumber Air Bersepadu (“IWRM”).
Kejadian banjir yang berlaku pada Disember 2021 merupakan satu indikator yang menunjukkan betapa ceteknya Sungai Klang terutama di kawasan di sekitar Shah Alam dan Klang.
Bagi mengelakkan bencana banjir yang menyebabkan kehilangan nyawa serta kerugian kerajaan negeri dari berulang, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti keperluan untuk penambahbaikan sistem saliran melalui projek pendalaman & pelebaran Sungai Klang yang merupakan nadi saliran air di Lembangan Sungai Klang. Tambahan pula, usaha-usaha mitigasi banjir akan diperkukuhkan lagi dengan pembinaan/pengukuhan ban dan tebing sungai.
Rekabentuk kejuruteraan dan kajian Hidrolik & Hidrologi (H&H) bagi projek pendalaman dan pelebaran sungai akan memastikan agar risiko banjir akan dikurangkan secara efektif. Kejadian river overlapping tidak akan berlaku jika senario hujan lebat seperti tahun 2021 berulang. Hal ini dicapai melalui penaiktaraf rekabentuk profil dan ban sungai daripada ARl-100 kepada ARl-200 di sepanjang 56 kilometer Sungai Klang, Di samping itu, kapasiti sungai Klang akan meningkat sebanyak 40% melalui pengeluaran sampah dari dasar sungai serta proses pendalaman/pelebaran sungai.