Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
160) PENGURUSAN BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan nilai pampasan yang diberikan kepada penduduk yang mengalami kerosakan hasil pertanian akibat banjir dan bencana alam mengikut daerah?
-
Sejauh mana hasrat Kerajaan Negeri menambahbaik aset Kerajaan Negeri bagi menghadapi musibah banjir besar?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor sedang dalam tindakan menilai jenis dan keperluan perolehan aset dan peralatan yang bagi meningkatkan kecekapan pengurusan bencana banjir. Perolehan aset juga dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah seperti bot, alat telekomunikasi, peralatan menyelamat dan kelengkapan Bilik Gerakan.