Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

2) PENGURUSAN BANJIR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai pampasan yang diberikan kepada penduduk yang mengalami kerosakan hasil pertanian akibat banjir dan bencana alam?

    Bantuan bencana bagi sektor agromakanan (Tanaman Makanan) diselaraskan oleh Jabatan Pertanian. Pihak Jabatan Pertanian akan melaksanakan proses bancian di kawasan terjejas banjir dan menyediakan laporan anggaran kos kerosakan hasil pertanian untuk dimajukan kepada Tabung Bantuan Bencana Agromakanan. Kelulusan permohonan bantuan ini akan diputuskan oleh NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara). Kadar Bantuan Tabung Bencana Agromakanan adalah seperti berikut :

    Bantuan ini akan disalurkan dalam bentuk geran insentif kepada pengusaha yang terlibat.

    Selain itu Kerajaan Negeri melalui Exco Permodenan Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Selangor turut meyalurkan bantuan ehsan kepada pengusaha yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian yang terjejas akibat banjir pada tahun 2020 dan 2021. Seramai 195 pengusaha yang terlibat dengan nilai bantuan adalah sebanyak RM165,000.00. Bantuan wang tunai disalurkan ke akaun pengusaha terbabit melalui Agensi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

  2. Apakah strategi serta langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengindahkan sungai-sungai utama di Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.