Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
74) PENGURUSAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan Standard Operation Procedure bagi menangani masalah pencemaran sungai, tanah runtuh dan banjir kilat di setiap PBT?
a & b
Standard Operation Procedure (SOP) bagi menangani masalah pencemaran sungai, tanah runtuh dan banjir kilat di setiap PBT di Negeri Selangor adalah berbeza di antara satu sama lain serta mengikut keperluan. Walau bagaimanapun, secara asasnya keseragaman SOP di setiap PBT adalah sama dari segi teknikal namun terdapat perbezaan dari segi pengurusan. Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempunyai SOP bagi menjalankan aktiviti kawalan dan penguatkuasaan pencemaran air iaitu ‘Prosedur Pemeriksaan dan Pemantauan Pencemaran Air’. Pihak Majlis akan menjalankan siasatan ke atas aduan yang melibatkan pencemaran sungai akibat daripada aktiviti perkilangan dan perladangan. Sekiranya aduan tersebut didapati benar, tindakan penguatkuasaan akan diambil. Carta alir SOP adalah seperti di LAMPIRAN A.
Manakala Majlis Perbandaran Klang pula mempunyai SOP di bawah Unit Cerun bagi menangani masalah tanah runtuh. Setiap aduan dari pelbagai saluran media akan disusuli dengan lawatan tapak bagi tujuan penyiasatan aduan. Kemudian sekiranya terdapat kes, tindakan pemantauan dan lantikan kerja pembaikan akan diambil sehingga selesai. Sesuatu aduan hanya akan selesai selepas tindakan penyelesaian telah diambil. Carta alir SOP adalah seperti di LAMPIRAN B.
Bagi menangani masalah pencemaran sungai pula, setiap PBT mengguna pakai SOP yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar. Oleh yang demikian, keseragaman SOP di setiap PBT yang melibatkan agensi kerajaan Persekutuan adalah tidak wujud memandangkan kepada perbezaan penguatkuasaan undang-undang masing-masing seperti JAS menggunakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
-
Adakah wujud keseragaman SOP di setiap PBT yang turut melibatkan agensi kerajaan Persekutuan?
-
Nyatakan peruntukan yang disediakan mengikut PBT dari 2008 2014?
Peruntukan yang disediakan oleh setiap PBT dari 2008 hingga 2014 adalah seperti berikut:
Bil. PBT 2008 (RM) 2009 (RM) 2010 (RM) 2011 (RM) 2012 (RM) 2013 (RM) 2014 (RM) Jumlah (RM) 1 MBSA 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 24,000 30,000 2 MBPJ* – – – – – – – 3 MPSJ 200,000 200,000 200,000 200,000 200,000 200,000 200,000 1,400,000 4 MPKJ 1,000,00 0
2,500,000 3,000,000 3,000,000 3,000,000 5,000,000 3,000,000 20,500,000 5 MPS * – – – – – 16,000 – 16,000 6 MPK 2,000,00 0
2,000,000 2,000,000 2,000,000 2,000,000 2,000,000 2,000,000 14,000,000 7 MPAJ – – – 2,168,620 1,500,000 2,950,000 2,550,000 9,168,620 8 MPSp* – – – – – – – – 9 MDKS* – – – – – – – – 10 MDSB* – – – – – – – – 11 MDHS 150,000 200,000 400,000 – 200,000 200,000 – 1,150,000 12 MDKL* – – – – – – – * Tiada peruntukan khas disediakan