Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

127) PENGURUSAN AIR SELANGOR (PASSB)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan Ahli Lembaga dan pengurusan PASSB?

    Senarai Ahli Lembaga Dan Pengurusan PASSB adalah seperti berikut:-

    Ahli-Ahli Lembaga Pengarah  
    YAB Tuan Mohamed Azmin Haji Ali Pengarah
    YM Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin Pengarah
    En Suhaimi Kamaralzaman Pengarah

     

    Pengurusan Kanan  
    En Suhaimi Kamaralzaman Ketua Pegawai Eksekutif

     

    Ketua Jabatan  
    Kevin Lee Shih Min Ketua Strategi & Perancangan Perniagaan
    Amin Lin Abdullah Ketua Komunikasi Korporat
    Raja Ahmad Hidzir Raja Muhamad Ketua Modal Insan
    Zaheeda Banu Mohamad Ariff Ketua Undang-undang
    Ravindran Karupiah Ketua Teknologi Maklumat

     

  2. Nyatakan gaji, elaun dan bonus semua Ahli Lembaga dan pengurusan PASSB?

    GAJI, ELAUN DAN BONUS

    Ahli-ahli Lembaga Pengarah

    Setakat ini ahli-ahli lembaga pengarah PASSB tidak dibayar sebarang ganjaran seperti elaun mesyuarat, yuran pengarah dan lain-lain.

    Pengurusan Kanan

    Struktur penggajian berserta elaun PASSB adalah berdasarkan kepada polisi penggajian dan faedah-faedah sedia ada yang telah diguna pakai oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”) sejak tahun 2012. Tiada bayaran bonus dilaksanakan di peringkat PASSB memandangkan PASSB hanya mula beroperasi pada Februari tahun ini.

  3. Bagaimanakah kaedah pemilihan Ahli Lembaga dan pengurusan PASSB dilaksanakan?

    KAEDAH PEMILIHAN

    Ahli-ahli Lembaga Pengarah

    Tidak terdapat kaedah khusus bagi pemilihan ahli lembaga pengarah PASSB.  PASSB adalah sebuah Syarikat Tujuan Khas (‘Special Purpose Vehicle’) yang dimiliki sepenuhnya oleh KDEB.   PASSB ditubuhkan bagi tujuan mengendalikan penstrukturan semula industri air di Selangor di mana ketiga-tiga Pengarahnya iaitu YAB Dato’ Menteri Besar (Pengerusi KDEB), YM Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin (Pengarah KDEB) dan Encik Suhaimi Kamaralzaman (Presiden KDEB) dan telah dilantik bagi mewakili KDEB bertujuan untuk melindungi serta menjaga kepentingan KDEB khususnya Kerajaan Negeri Selangor.

    Pengurusan Kanan

    Proses pelantikan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif adalah berdasarkan kepada peranan terkini serta pengalaman beliau di dalam menerajui penstrukturan semula sektor air di Selangor, juga mengambil kira pengalaman luas beliau di dalam sektor yang sama ketika mengetuai Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (“IWK”).

    Manakala pemilihan perjawatan di peringkat Ketua Jabatan dibuat berdasarkan kepada faktor-faktor kelayakan akademik (‘academic qualification’), pengalaman khusus di bidang pengurusan tertentu (‘relevant working experience’), skil kepimpinan (‘leadership skill’) serta kecekapan (‘competency’) calon memenuhi kriteria-kriteria jawatan yang diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.