Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
87) PENGURUSAN AIR SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kepanjangan paip air serta lokaliti paip air yang akan ditukar ganti oleh Air Selangor pada tahun 2024 mengikut Daerah?
Air Selangor akan melaksanakan program penggantian paip sepanjang 304 km pada tahun 2024. Pecahan panjang paip mengikut lokaliti Air Selangor adalah seperti jadual di bawah:
Wilayah Air Selangor Panjang Paip (km) Klang / Shah Alam 89.62 Petaling 65.50 Kuala Langat 50.00 Gombak 43.58 Sepang 36.05 Hulu Selangor 19.99 Jumlah Keseluruhan 304.74 -
Apakah rancangan jangka masa pendek dan panjang untuk meningkatkan rizab margin air di Selangor?
Air Selangor telah membuat perancangan bagi meningkatkan tahap rizab margin melebihi 15% pada tahun 2030. Bagi mencapai matlamat ini, Air Selangor akan membina empat (4) Loji Rawatan Air Baru seperti berikut:
Loji Baharu Tahun Siap Kapasiti Rasau Peringkat 1 2025 (350 JLH) 700 JLH 2026 (350 JLH) Rasau Peringkat 2 2028 700 JLH Labohan Dagang Fasa 2 2029 200 JLH Langat 2 Fasa 2 2030 1130 JLH Dalam pada masa yang sama, Air Selangor melalui perancangan Pelan Perniagaan 30 tahun juga sedang giat melaksanakan kerja-kerja penggantian paip, mengurangkan Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) dan menaik taraf aset (rumah pam, kolam air / tangki serta paip agihan dan paip retikulasi).