Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
200) PENGURUSAN AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah struktur Pengurusan Air Selangor selepas pengambilalihan semula air Selangor dari Kerajaan Pusat?
- Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, usaha dan matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor adalah demi menjamin perkhidmatan bekalan air yang terurus dan holistik berdasarkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos efektif di samping dapat meneruskan Program Air Percuma kepada seluruh rakyat.
- Justeru itu, tarikh 10 Julai 2015 merupakan tarikh bersejarah kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya memeterai Perjanjian Tambahan ke atas Perjanjian Utama. Pada tarikh ini, Kerajaan Negeri telah berjaya merungkai kemelut panjang industri perkhidmatan air dan akhirnya rakyat Negeri Selangor berjaya memiliki semula perkhidmatan air yang dikawal secara langsung oleh Kerajaan
- Lanjutan daripada itu, pada 15 Oktober 2015, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dengan rasminya telah mengambil alih pengurusan operasi SYABAS dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. Seterusnya pada 26 Januari 2016, pengambilalihan syarikat konsesi Konsortium ABASS Sdn Bhd (“ABASS”) telah
- Di bawah Perjanjian Utama, antara obligasi-obligasi yang perlu dipatuhi oleh Air Selangor setelah pengambilalihan SYABAS, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan ABASS adalah untuk menamatkan Perjanjian Konsesi PNSB dan Perjanjian Konsesi ABASS. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Air Selangor pada ketika ini sedang dalam proses untuk memuktamadkan penamatan Perjanjian Konsesi PNSB dan Perjanjian Konsesi
- Pada masa yang sama, Air Selangor juga telah mengambil alih operasi dan pengurusan rawatan air bagi semua loji rawatan air (LRA) yang dahulunya di bawah Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. dan ABASS manakala LRA SSP 1, SSP 3 dan Rasa masih kekal di bawah pengurusan SPLASH kerana pengambilalihan SPLASH masih belum
- Sehubungan dengan itu, setelah proses pengambilalihan secara keseluruhan dimuktamadkan, Air Selangor akan menjadi operator tunggal bagi operasi rawatan dan agihan. Selaku operator tunggal, pemantauan dan kawalan secara langsung akan diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memastikan bahawa Air Selangor beroperasi dengan mementingkan kualiti dan keberkesanan
- Di bawah struktur lama, operasi rawatan air dikendalikan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, ABASS dan SPLASH, manakala operasi agihan air terawat dilaksanakan oleh SYABAS. Di bawah struktur baru, Air Selangor telah mengambil alih kedua-dua operasi. Dalam hal ini, Air Selangor masih dalam tempoh peralihan (transition period) untuk meneliti dan menyeragamkan semua tatacara di bawah satu
- Dalam tempoh peralihan ini, Air Selangor diterajui oleh Pasukan Transformasi seperti berikut:-
i. Suhaimi Kamaralzaman – Ketua Pegawai Eksekutif ii. Kevin Starling – Pengarah iii. Greg Endermano – Timbalan Pengarah iv. Bob Yuille – Ketua Pengagihan dan Perkhidmatan Pelanggan v. Abas Abdullah – Ketua Pengeluaran vi. Kevin Lee – Ketua Kewangan, Strategi & Perancangan Perniagaan vii. Raja Ahmad Hidzir Raja Muhamad – Ketua Pembangunan Modal Insan viii. Zaheeda Mohamad Ariff – Ketua Undang-undang ix. Ravindran Karupiah – Ketua Teknologi Maklumat x. Amin Lin Abdullah – Ketua Komunikasi Korporat - Air Selangor akan beroperasi selaku operator tunggal bagi rawatan dan agihan. Keadaan holistik ini dapat mengekang pemindahan harga (transfer pricing) dan dapat mencapai matlamat untuk memastikan kos operasi yang tidak membebankan. Pada masa yang sama, Air Selangor
tidak akan dibebani dengan terma pembelian minima atau caj kapasiti yang tinggi (capacity charge) bagi pembelian air terawat sebagaimana Perjanjian Konsesi sedia ada.
- Di bawah struktur baharu ini juga, pembiayaan ke atas perbelanjaan modal (CAPEX) akan ditanggung oleh Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”). Ini berbeza dengan sistem yang terdahulu di mana CAPEX adalah ditanggung oleh syarikat konsesi. Selain daripada mendapat penjimatan kos operasi, Air Selangor akan dapat menumpukan perhatian kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan kepada pengguna. Ini akan dapat meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam operasi perkhidmatan bekalan
- Selaku Pemegang Lesen di bawah Akta Perkhidmatan Air Negara (Akta 655), segala perbelanjaan CAPEX Air Selangor akan dipantau secara langsung oleh SPAN dan Air Selangor tidak boleh membuat apa-apa aktiviti yang menyimpang dari kelulusan yang telah diberikan oleh
-
Senaraikan nama ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Pengurusan Air Selangor?