Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
29) PENGURUSAN AIR DAN EMPANGAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan paras air terkini empangan di Selangor.
SEKSYEN MAKRO DAN PENSWASTAAN
Setakat 04 November 2024, paras air empangan di Selangor adalah seperti berikut:-
LUAS
Paras air empangan di Selangor boleh diperolehi secara harian di Portal Integrated Water Resources Information Management System (IWRIMS). Status terkini pada 31 Oktober 2024 adalah seperti berikut;
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang meluaskan penggunaan teknologi Ai & IoT untuk mengawal pengesanan paras air (Smart Water Level) bagi amaran awal banjir & kualiti air (Smart Water Quality) bagi menjamin air bersih?
SEKSYEN MAKRO DAN PENSWASTAAN
Pada masa kini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) telah mengguna pakai teknologi terkini dalam mengesan pencemaran air mentah melalui pemantauan dengan menggunakan River Monitoring Station (RMS). Sistem pemantauan ini dipasang di beberapa lokasi di sungai utama untuk mengumpul data melalui sensor yang bagi mengesan kualiti air sungai berdasarkan kepada penunjuk utama pencemaran sumber air mentah dan data ini boleh dibaca terus oleh petugas LUAS.
Selain itu, LUAS turut bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan sedang membangunkan Selangor Earth Surface Activity Monitoring System (SESAMS) dengan menggunakan teknologi satelit bagi mengesan pembukaan tanah dari aktiviti yang boleh menjejaskan kualiti air sungai di Negeri Selangor.
Air Selangor juga sedang meneroka penggunaan teknologi rawatan air terkini menerusi kecerdasan buatan (AI) bagi memantau, meramal dan mengesan kualiti sumber air mentah dari sungai sebelum ianya dirawat di 34 loji rawatan air di Negeri Selangor.
Dalam isu banjir, Kerajaan Negeri Selangor menggunapakai perkhidmatan pemantauan hidrologi secara masa nyata (Real Time) yang dibangunkan oleh Pusat Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di bawah Jabatan Parit dan Saliran (JPS, Malaysia).
Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dalam pemakaian kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), analitik lanjutan dan sensor jarak jauh yang boleh membantu mengawal pengesanan paras air (Smart Water Level) bagi amaran awal banjir dan kualiti air (Smart Water Quality) dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengurusan air di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri yakin sistem pengurusan air yang dibantu oleh teknologi IoT, AI dan sensor jarak jauh boleh menjimatkan penggunaan air, mengurangkan kos dan menyumbang kepada kemampanan alam sekitar.
AIR SELANGOR
Kerajaan negeri melalui Air Selangor telah memperluaskan penggunaan teknologi AI dan IoT bagi memperkukuhkan pemantauan kualiti dan kuantiti air, antaranya termasuklah:
- HYDRA (Hybrid Distribution Water Quality Real-Time Analyser) yang merupakan sistem pemantauan kualiti air secara masa nyata yang ditempatkan di lokasi-lokasi strategik dalam rangkaian agihan bekalan air di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Sejak tahun 2017, sebanyak 190 stesen HYDRA telah dibina, di mana sistem ini memantau parameter penting seperti baki klorin bebas, pH, kekeruhan, dan warna dengan kemas kini data setiap 15 minit.
- Pemantauan Paras Air melalui (Supervisory Control and Data Acquisition – SCADA) – Bagi mencegah banjir dan menguruskan pelepasan air secara berhemah, Air Selangor menggunakan sistem SCADA untuk pemantauan paras air empangan, termasuk di Sungai Selangor dan Sungai Langat. SCADA juga menyumbang kepada pemantauan paras sungai bagi membantu pelepasan air secara terkawal di empangan.
- Sistem Pemantauan Sungai (River Monitoring System – RMS) – Air Selangor telah membina 15 stesen RMS di lokasi strategik untuk mengesan bahan pencemar secara awal di sungai-sungai utama. Ini membolehkan tindakan awal diambil untuk mengurangkan kesan pencemaran terhadap Loji Rawatan Air (LRA), sekali gus mencegah gangguan operasi LRA.
LUAS
Di samping itu, LUAS juga telah membangunkan LUAS Intelligent Support System (LiSS) bagi membantu dalam menguruskan lembangan sungai secara holistik dengan mengambil kira permodelan hidrologi dan juga data-data Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) serta Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) bagi meramalkan kadar alir yang optimum untuk tempoh 120 jam ke hadapan bagi kadar pelepasan air empangan yang optimum untuk Sungai Selangor dan Sungai Langat.
LUAS juga sedang giat melaksanakan kajian bagi pembangunan alat pensampelan dan sistem pemantauan yang menggunakan teknologi AI untuk cadangan pemasangan stesen-stesen telemetri kuantiti dan kualiti air di lembangan-lembangan sungai utama di dalam Negeri Selangor bagi memastikan kelestarian sumber air dalam memenuhi keperluan bekalan air dan persekitaran.
Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS menjalankan pemantauan paras air empangan secara telemetri di dalam talian dari aspek kuantiti dan kualiti melalui ‘Integrated Water Resources Information Management System (IWRIMS) yang telah dibangunkan secara berfasa bermula tahun 2012. Sistem dalam talian ini digunakan untuk menguruskan dan merekod data-data hidrologi di Negeri Selangor seperti paras air dan kapasiti empangan, kadar hujan, paras air sungai, kadar abstraksi muka sauk, kadar pengepaman air kolam, data kualiti air dan juga integrasi serta perkongsian data secara File Transfer Protocol (FTP) atau Application Programming Protocol (API) bagi stesen kuantiti dan kualiti air dengan agensi berkepentingan melalui MOU yang ditandatangani LUAS.