Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
1) PENGURUSAN AIR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah dan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pencemaran air?
Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber air.
Selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bertarikh 28 Oktober 2020 Kertas ringkasan MMK. No. 36/38/2020 yang telah disahkan MMKN Ke 39/2020 pada 18 November 2020, Kerajaan Negeri melalui LUAS telah mengambil tindakan-tindakan berikut melalui pelaksanaan Skim Jaminan Air Mentah Negeri Selangor (SJAM) :
i. Pemantauan statik dan rondaan Skuad Pantas LUAS yang beroperasi 24 jam di kawasan strategik sumber air di Lembangan Sg. Selagor dan Lembangan Sg. Langat termasuk Sg. Semenyih bagi pengawalan dan pengawasan insiden pencemaran sumber air yang berisiko henti tugas Loji Rawatan Air (LRA);
ii. Pembangunan stesen telemetri kualiti air bagi tujuan sistem amaran awal/ early warning system di hulu muka sauk yang berisiko di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih; dan
iii. Pemantauan Kualiti Air di Kawasan Projek Perintis Bio-remediation Bagi Tujuan Pemuliharaan Kualiti Air Sungai Gong.
Selain daripada itu, pemantauan berkala terus dilaksanakan oleh LUAS bersama agensi berkaitan melalui platform Ops Sumber Air Negeri Selangor bagi memastikan sumber air di kawasan sekitar tersebut dan kawasan tadahannya terpelihara daripada aspek kualiti dan kuantitinya.
Penguatkuasaan bersepadu dan tindakan perundangan tegas turut sentiasa dilaksanakan antaranya siasatan, notis dan pengeluaran kompaun termasuk pendakwaan di mahkamah.
Maklumat tambahan
Selain itu, kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dijalankan bagi isu-isu pencemaran lain melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan iaitu:
- Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai, yang dipengerusikan oleh YB EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam;
- Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Selangor, yang dipengerusikan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS); dan
- Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh EXCO Alam Sekitar.
-
Apakah mekanisme yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kekerapan gangguan bekalan air?
Mekanisme yang telah dilakukan adalah :
- Menyediakan Bekalan Air Yang Mencukupi dan Berterusan
Bagi memastikan pembekalan air bersih adalah mencukupi, Air Selangor telah merangka Pelan Perniagaan 30 tahun yang mana ianya telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Di bawah pelan ini, terdapat beberapa Loji Rawatan Air (LRA) baru yang akan dibina untuk menampung unjuran permintaan bekalan air yang semakin meningkat sehingga tahun 2060. Usaha ini akan meningkatkan tahap ‘reserve margin’ antara 10% – 20% pada setiap sistem bekalan air dengan pembinaan loji baru. Berikut merupakan perancangan loji baru yang akan dibina:
No. Loji Rawatan Air Kapasiti Rekabentuk Tahun dijangka siap Kawasan Agihan 1 Rasau Fasa 1 700 JLH 2024 Agihan ke Wilayah Klang 2 Labohan Dagang Fasa 2 200 JLH 2026 Agihan ke Wilayah Kuala Langat dan Sepang 3 Rasau Fasa 2 700 JLH 2028 Agihan ke Wilayah Petaling 4 Langat 2 Fasa 2 760 JLH 2030 Agihan ke Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Sepang 5 HORAS 3000 475 JLH 2060 Menyalurkan air mentah secara terus ke loji rawatan air di Skim Sg Selangor. Agihan air terawat ke Wilayah Petaling, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
2. Mengurangkan Kes Paip Pecahi. Bagi mengatasi masalah paip pecah, Air Selangor telah mengenalpasti kawasan-kawasan yang kritikal untuk disenaraikan dalam program penggantian paip. Di bawah Program Penggantian Paip Tahun 2019 Air Selangor telah melaksanakan penggantian paip dalam kawasan DUN Permatang seperti senarai berikut:
Wilayah Hotspot Lokasi Kuala Selangor Jalan Timur Tambahan Paip bersaiz 250mm (Jalan Timur Tambahan) ii. Bagi mengawal kejadian paip pecah, pembentukan District Metering Zone (DMZ) juga telah dilaksanakan bertujuan untuk memantau dan mengawal tekanan air secara optimum bagi memastikan bekalan air yang berterusan.
Sehingga kini, di dalam kawasan DUN Permatang, terdapat 13 DMZ telah dibentuk, sebagaimana senarai di bawah:
- 003 Berjuntai Tin
- KS006 Kg Ulu Tiram
- 008 Tengi Kanan
- 015 Pasir Penambang
- 022 Kg Parit Serong
- 030 Tanjong Karang
- 032 Sungai Yu
- 034 Sg Gulang Gulang
- 036 Jalan Raja Musa
- 037 Jalan Ujong Permatang
- 041 Jalan Mayang Rotan
- 408 Kg Permatang
- 804 Jalan Raja Musa 2
Untuk kejadian paip pecah yang masih berlaku walaupun dengan pelaksanaan kawalan tekanan (kawasan di dalam DMZ), jajaran paip terlibat dikenalpasti dan disusun di dalam senarai keutamaan penggantian paip di bawah Program Penggantian Paip.
Secara keseluruhan, indeks paip pecah telah dapat dikurangkan sebanyak 55% dari 20 kes/100km/tahun pada tahun 2016 ke 9 kes/100km/tahun pada tahun 2020. Indeks paip pecah ini adalah lebih rendah berbanding aras antarabangsa iaitu 13 kes/100km/tahun.
iii. Pemantauan ke atas lokasi-lokasi projek pembangunan pihak ketiga yang melibatkan jajaran paip utama serta jalinan kerjasama dengan PBT supaya permohonan kerja pihak ketiga disemak terlebih dahulu oleh Air Selangor untuk mengenalpasti sebarang jajaran paip di lokasi kerja (jika ada) sebelum permit kerja dikeluarkan oleh PBT.
3. Pemantauan Paip Utama Melalui Pengesan Pintar
Air Selangor telah memasang pengesan pintar (intelligent sensor dan pressure transient) di sepanjang paip utama untuk mengesan lonjakan tekanan dan kebocoran paip melalui maklumat yang akan disalurkan ke Pusat Kawalan Pintar untuk tindakan segera.
- Menyediakan Bekalan Air Yang Mencukupi dan Berterusan
-
Berapakah bilangan loji air yang terdapat di Negeri Selangor? Sila perincikan mengikut DUN.
Terdapat tiga puluh empat (34) Loji Rawatan Air (LRA) yang beroperasi di seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berikut adalah senarai LRA yang dioperasikan oleh Air Selangor.
Bil. Loji Rawatan Air (LRA) Kawasan Liputan Wilayah 1 Sg. Selangor Fasa I Kuala Langat, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor 2 Sg. Selangor Fasa II Kuala Langat, Kuala Selangor, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Petaling 3 Sg. Selangor Fasa III Kuala Langat, Petaling, Gombak 4 Sg. Semenyih Sepang, Kuala Langat, Petaling, Hulu Langat 5 Sg. Langat Petaling, Kuala Lumpur 6 Sg. Labu Sepang, Kuala Langat 7 Langat II Kuala Lumpur, Hulu Langat 8 Bukit Nanas Kuala Lumpur 9 Sg. Batu Gombak 10 North Hummock Klang/Shah Alam 11 Labohan Dagang Kuala Langat 12 Rasa Hulu Selangor 13 Semenyih 2 Hulu Langat, Sepang 14 Bernam River Headworks Sabak Bernam 15 Rantau Panjang Kuala Selangor 16 Sg. Sireh Kuala Selangor 17 Batang Kali Hulu Selangor 18 Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor 19 Kalumpang Hulu Selangor 20 Sg. Dusun Hulu Selangor 21 Sg. Tengi Hulu Selangor 22 Sg. Selisek Hulu Selangor 23 Wangsa Maju Gombak 24 Gombak Gombak 25 Ampang Intake Gombak 26 Sg. Rangkap Hulu Selangor 27 Kepong Gombak 28 Sg. Rumput Gombak 29 Bukit Tampoi Kuala Langat 30 Cheras Bt. 11 Hulu Langat 31 Salak Tinggi Sepang 32 Sg. Lolo Hulu Langat 33 Sg. Pangsoon Hulu Langat 34 Sg. Serai Hulu Langat Maklumat Tambahan
Kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan berterusan juga dijalankan bagi isu-isu pencemaran lain melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan iaitu:
- Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai, yang dipengerusikan oleh YB EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam;
- Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh EXCO Alam Sekitar; dan
- Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Selangor, yang dipengerusikan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).