Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
126) PENGURUSAN AGAMA-AGAMA SELAIN ISLAM
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerajaan dalam melancar serta menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran agama-agama selain Islam di negeri Selangor?
-
Apakah rancangan dan kaedah-kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk menambah peruntukan kewangan dalam membangunkan mahupun membaik pulih bangunan keagamaan bukan Islam di seluruh negeri Selangor?
-
Apakah status pendudukan atau pemilikan tanah rumah-rumah ibadat selain agama Islam di kawasan Hulu Kelang?