Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
210) PENGURUSAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah alasan nya yang Ahli Majlis langsung tidak di libatkan dalam Jawatankuasa Perancangan dan Jawatankuasa Pembangunan peringkat PBT ?
Dakwaan yang mengatakan bahawa Ahli Majlis tidak langsung dilibatkan dalam Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan peringkat PBT adalah tidak benar sama sekali.
Berdasarkan kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian perumahan dan
Kerajaan Tempatan Bilangan 6/2008 bertarikh 2 September 2008, keahlian Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) adalah terdiri daripada jabatan teknikal dalaman dan luaran termasuk 4 orang Ahli Majlis yang dilantik.
-
Apakah bentuk Ðbentuk tindakan yang diambil ke atas kontraktor- kontraktor pungutan sampah yang tidak efisien dan gagal menjalankan kerja dengan baik ? Setakat ini berapa ramai kontraktor pungutan sampah yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka di MPK sejak Mac 2012 ?
Di antara tindakan yang diambil oleh pihak Majlis ke atas kontraktor kutipan sampah yang tidak efisien dan gagal menjalankan kerja ialah seperti berikut :
i) mengeluarkan surat amaran.
ii) mengeluarkan NTC (Notice To Correct) @ Notis Pembetulan.
iii) mengambil tindakan back-up.
Setakat ini tiada lagi kontraktor kutipan sampah yang telah ditamatkan perkhidmatan sejak bulan Mac, 2012.
-
Terdapat ramai kontraktor pungutan sampah yang ditolak dalam tender terbuka semata-mata kerana mereka tiada kompaktur. Namun yang menghairankan ada pula yang mendapat habuan tender walaupun tidak mempunyai kompaktur. Saya mohon penjelasan dari MPK.
Pihak Majlis telah menyemak semua borang permohonan tender dan memastikan semua permohonan adalah berdasarkan syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pihak Kerajaan Negeri dan pihak Majlis. Antara kriteria tersebut ialah :-
- mempunyai kompaktor sendiri (disertakan salinan geran dan gambar).
- jika menyewa kompaktor mestilah mempunyai perjanjian penyewaan.
- mempunyai depoh di kawasan Klang.
- maklumat bilangan kompaktor yang dimiliki @ disewa.
Pihak Majlis telah menjual sejumlah 1,113 unit dokumen tender dan 1,059 unit
dokumen tender yang telah dikembalikan semula dan telah meluluskan 45 kawasan kutipan sampah yang terdiri seperti butir-butir berikut :
i) Mempunyai kompaktor sendiri – 29 kontraktor
ii) Menyewa kompaktor – 16 kontraktorJUMLAH = 45 kontraktor
Majlis ingin memberi peluang kepada kontraktor sediada dan berpengalaman serta memberi juga peluang kepada kontraktor yang baru.
Bagi kontraktor yang baru dan menggunakan kompaktor yang disewa, Majlis telah meminta mereka supaya boleh mendapatkan kompaktor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.