Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
38) PENGURUSAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan untuk melancarkan penyelesaian pelbagai aduan rakyat?
Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan suatu aplikasi khusus iaitu Portal Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) bagi membolehkan pengurusan aduan awam yang melibatkan proses pengumpulan aduan dan maklumbalas secara sistematik. Inisiatif aplikasi ini adalah bertujuan meningkatkan kemudahan, kebolehcapaian dan kualiti interaksi dengan orang awam bagi mencerminkan perkhidmatan mesra pelanggan. Portal STARS ini juga adalah gerbang utama kepada pengadu yang ingin menyampaikan aduan atau maklumbalas kepada mana-mana organisasi dan agensi kerajaan di Selangor.
-
Berapa peratuskah aduan rakyat melalui talian Internet diselesaikan?
TAHUN TERIMA SELESAI PERATUS 2013 3068 2831 92% 2014 1067 438 41% Nota: Sumber daripada Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) sehingga 31 Mei 2014
-
Apakah masalah pihak kerajaan sehingga masalah penyelenggaraan jalanjalan dan parit-parit masih gagal dilaksanakan secara berkesan?
Penyelenggaraan jalan-jalan dan parit tidak gagal kerana kerja-kerja penyenggaraan ini dijalankan secara berterusan dan berkala. Pihak kerajaan berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan kualiti hasil kerja-kerja senggaraan jalan dan parit-parit.