Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

205) PENGURUS BESAR YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan terkini Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk mengisi kekosongan Pengurus Besar Yayasan Selangor yang masih belum diisi sehingga sekarang?

    Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran & Perkhidmatan Yayasan Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 26 September 2017 telah meluluskan dan memperakukan kertas cadangan pelantikan Puan Zahura binti Zakry, Pengurus Kanan Yayasan Selangor dilantik sebagai Pemangku Pengurus Besar Yayasan

    Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Yayasan Selangor juga telah bersetuju meluluskan kertas cadangan tersebut dan menandatangani surat pelantikan Puan Zahura binti Zakry sebagai Pemangku Pengurus Besar Yayasan Selangor berkuatkuasa 01 Oktober 2017 sehingga pelantikan Pengurus Besar Yayasan Selangor baharu dikuatkuasakan.

     

  2. Mengapakah tidak pemangkunya dilantik terus menjadi Pengurus Besar sekiranya prestasinya memenuhi syarat Lembaga Pengarah?

    Pengurusan Tertinggi Yayasan Selangor pada tahun 2017 telah melaksanakan penstrukturan carta organisasi di Yayasan Selangor sebagai satu pelan perancangan strategik bagi menambahbaik struktur organisasi sedia ada sejajar dengan perubahan persekitaran dan keperluan stakeholder serta pelanggan Yayasan

    Pengurusan Tertinggi Yayasan Selangor juga telah melakukan perubahan fokus bagi menjana pendapatan Yayasan Selangor sesuai dengan perkembangan semasa yang kian mencabar bagi memastikan objektif dan pengurusan operasi

    Yayasan Selangor mencapai matlamatnya. Kekuatan yang sedia ada dimantapkan dan kelemahan yang dikenalpasti akan ditambahbaik secara berterusan.

    Pengurusan Tertinggi Yayasan Selangor sedia ada amat menghormati pertimbangan dan keprihatinan YAB Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor berkaitan status pelantikan Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baharu ini dan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi mencapai matlamat penubuhan Yayasan Selangor.

    Ini adalah selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan didalam Skim Perkhidmatan Terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Yayasan Selangor 2001, Perkara 1.1.4 yang jelas maksudnya seperti berikut:

    “Pelantikan bagi kategori jawatan Pengurusan Tertinggi adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Pengerusi Yayasan Selangor”.

    Nota : Pengurusan Tertinggi ertinya kumpulan jawatan yang terdiri daripada Pengurus Besar dan Timbalan-Timbalan Pengurus Besar.

Lampiran

Tiada Lampiran.