Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
231) PENGURANGAN HASIL TUAIAN PESAWAH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada pesawah-pesawah padi yang telah mengalami pengurangan hasil tuaian akibat serangan penyakit dan bencana alam pada musim pertama tahun 2021?
Negeri Selangor mempunyai kawasan tanaman padi seluas 18,784 ha. dengan seramai 9,754 pesawah bermula dari Sawah Sempadan, Kuala Selangor sehingga Sg. Panjang, Sabak Bernam dengan jumlah purata hasil adalah sebanyak 5.6 tan per hektar.
Pada tahun 2021 atau lebih tepat lagi bagi penanaman padi Musim 1/2021, golongan pesawah khususnya di Daerah Sabak Bernam telah mengalami masalah serangan perosak tanaman seperti ulat pengorek batang dan ulat gulung daun. Sehubungan dengan itu juga, Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan khas di bawah Program Bantuan Bahan Kawalan Serangga Perosak berjumlah RM1.035 juta kepada seramai 5,760 pesawah yang melibatkan kawasan seluas 6,799 ha. Bantuan tersebut adalah untuk membendung dan mengawal perebakan perosak dan seterusnya dapat mengurangkan kerugian di pihak pesawah.
-
Jika ada, berapakah jumlah bantuan yang diberikan dan bilakah bantuan tersebut akan diberikan?
Bagi membantu pesawah di dalam menghadapi masalah pengurangan hasil padi khususnya pada tahun 2021 ini, sejumlah RM2,795,085.00 telah diperuntukkan pada tahun ini untuk membantu golongan tersebut yang melibatkan seramai 10,868 pesawah di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. (Bilangan pesawah yang menerima bantuan termasuk sebahagian daripada penerima yang sama memandangkan jumlah pesawah di Negeri Selangor hanyalah seramai 9,754 orang sahaja). Jumlah dan perincian bantuan adalah seperti berikut :
BIL. JENIS BANTUAN PESAWAH JUMLAH (RM) 1. Peningkatan Hasil Padi 2,919 1,164,575 2. Pengeluaran Padi Mygap 75 135,000 3. Pengurusan Perosak Bersepadu Padi 1,032 160,510 4. Bantuan Benih Padi Sah 1,082 300,000 5. Bantuan Bahan Kawalan Seranggga Perosak 5,760 1,035,000 JUMLAH 10,868 2,795,085