Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
89) PENGURANGAN HASIL TANGKAPAN NELAYAN SUNGAI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah analisis Kerajaan Negeri berkenaan punca pengurangan jumlah tangkapan?
Jabatan Perikanan Negeri Selangor sebagai pihak yang bertanggungjawab telah mengambil langkah memulihkan keadaan bagi meningkatkan hasil tangkapan. Program pelepasan umum bukan sahaja dilaksanakan di Sungai Selangor malah di beberapa sungai dan tasik. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan stok ikan yang sedia ada. Program pelepasan dijalankan bermula tahun 2010 dan dilakukan bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun berterusan bagi menampakkan dan meningkatkan hasil. Spesis yang hendak dilepaskan perlulah spesis asli dari sungai tersebut dan bukan spesis asing. Pelepasan spesis asing adalah dilarang kerana boleh mengganggu ekosistem atau habitat asal dan seterusnya menghapuskan spesis asal di sungai tersebut. Jabatan Perikanan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk mengekalkan stok ikan/udang di lembangan tersebut dengan kadar pelepasan yang sama pada tahun mendatang.
Jabatan Perikanan juga sedang mengumpul data pendaratan ikan sungai daripada nelayan sungai dan dijangka akan dapat dianalisa pada akhir tahun 2015 bagi mengenalpasti keberkesanan program pelepasan yang dilaksanakan.
-
Apakah usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil tangkapan?
Jabatan Perikanan Negeri Selangor sebagai pihak yang bertanggungjawab telah mengambil langkah memulihkan keadaan bagi meningkatkan hasil tangkapan. Program pelepasan umum bukan sahaja dilaksanakan di Sungai Selangor malah di beberapa sungai dan tasik. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan stok ikan yang sedia ada. Untuk rekod pada tahun 2013 sebanyak 235,500 ekor benih ikan dan udang dilepaskan. Lembangan Sungai Selangor sepanjang 140 km meliputi Sungai Sembah, Sungai Batang Kali, Sungai Rening, Sungai Luit, Sungai Kul, Sungai Kerling, Sungai Gumut, Sungai Darah, Sungai Kubu, Sungai Gerachi, Sungai Peretak dan Sungai Buloh. Pada 2014 pula sebanyak 220,000 ekor benih ikan dan udang telah dilepaskan. Tumpuan diberikan kepada Lembangan Sungai Selangor adalah berikutan perubahan cuaca kering/kemarau pada tahun 2013 dan awal 2014 dan bilangan nelayan darat yang ramai di lembangan ini. Pada tahun 2015 sehingga bulan Julai sebanyak 180,000 ekor benih telah dilepaskan di sungai, tasik dan takungan air umum di seluruh Selangor.