Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

143) PENGURANGAN CUKAI PINTU UNTUK PREMIS BADAN KEBAJIKAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan cukai pintu untuk premis badan kebajikan memandangkan rumah-rumah kebajikan ini bergantung kepada sumbangan derma daripada masyarakat?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri belum bercadang untuk mengkaji dan menetapkan satu dasar yang menyeluruh untuk mengurangkan cukai-cukai taksiran terhadap Premis Badan Kebajikan. Kerajaan Negeri bersedia untuk menimbangkan pengurangan cukai berdasarkan kes-kes permohonan atas kewajaran yang dikemukakan oleh pemohon.

  2. Apakah syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh rumah-rumah kebajikan ini agar mereka dapat menikmati pengurangan cukai pintu ini.

    Tiada syarat- syarat yang ditetapkan oleh Pihak Kerajaan Negeri dan ianya hanya boleh dilakukan dengan merujuk kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menggariskan untuk mengecualikan atau mengurangkan cukai taksiran sesuatu pegangan yang digunakan semata – mata bagi maksud rekreasi, sosial atau kebajikan, dan bukan untuk mendapat keuntungan boleh memohon untuk pengurangan atau pengecualian cukai taksiran melalui PBT berkenaan untuk di bawa kepada Pihak Berkuasa Negeri. Peruntukan ini termaktub di dalam Akta kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seperti berikut:

     

    Seksyen 135 – Apabila sesuatu pegangan atau sesuatu bahagian daripadanya digunakan semata-semata bagi maksud rekreasi, sosial atau kebajikan, dan bukan untuk mendapat keuntungan wang Pihak Berkuasa Negeri boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan pegangan atau bahagian pegangan itu daripada pembayaran semua atau mana-mana kadar atau boleh mengurangkan apa-apa kadar yang dikenakan ke atas pegangan atau bahagian pegangan itu.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.