Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
48) PENGUNAAN TANAH TERBIAR UNTUK MAKSUD PERTANIAN/PENTERNAKAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah syarat-syarat yang perlu ada untuk maksud tersebut di atas ?
Terdapat tiga (3) keadaan status penggunaan tanah terbiar ini iaitu:
i. Tanah milik individu atau syarikat;
ii. Tanah kerajaan yang merupakan rizab negeri (Kawasan lapang, kemudahan awam, jalan, parit); dan
iii. Tanah terbiar milik kerajaan persekutuan (rizab Pesuruhjaya Tanah Persekutuan: lebuh raya, sekolah, tapak bomba, polis)
Status tanah tersebut hendaklah dirujuk kepada Kerajaan Negeri melalui Pentadbir Tanah Daerah terlebih dahulu sama ada termasuk dalam mana-mana kategori di atas dan terletak di bawah punca kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk memutuskan sama ada penggunaan tanah tersebut boleh diberikan untuk tujuan yang dimohon sama ada dalam bentuk pemberimilikan, lesen pendudukan sementara ataupun pajakan. PBT secara dasarnya tiada kuasa untuk memberikan kebenaran kepada sesiapa menggunapakai tanah rizab kerajaan.
-
Bagaimana proses permohonan di lakukan ?
Bagi tanah kerajaan, permohonan perlu dibuat ke Pejabat Tanah Daerah, manakala jika tanah hak milik, permohonan Kebenaran Merancang (KM) dikemukakan ke Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).
-
Bilakah ianya boleh di lakukan dan berapa lama proses kelulusan tersebut ?
Permohonan perlu dikemukakan sebelum sebarang kerja tanah dilaksanakan. Tempoh kelulusan adalah 30 hari jika memenuhi syarat-syarat jabatan/ agensi berkaitan.