Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
79) PENGUNAAN PLATFORM SEHAT
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan pecahan bilangan pengguna platform SEHAT dalam aplikasi Selangkah mengikut bulan sejak pelancarannya pada Ogos 2021.
Dalam membantu warga Selangor yang menghadapi masalah kesihatan mental, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Selangor Mental Sihat atau SEHAT. Program ini merupakan satu komponen yang lengkap merangkumi video pendidikan kesihatan mental, forum dan ceramah, soal kaji selidik dan platform atas talian bagi individu berhubung dengan kaunselor yang bertauliah. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2021, bulan September mencatatkan jumlah penggunaan platform SEHAT paling ramai iaitu berjumlah 12,045 orang manakala bagi tahun 2022, bulan Februari mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 4,837 pengguna. Pecahan bilangan pengguna platform SEHAT dalam aplikasi Selangkah bermula bulan Ogos 2021 adalah seperti berikut: