Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

130) PENGUNAAN AI DALAM INTEGRASI DATA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengadaptasi pengunaan AI dalam integrasi data, khususnya dalam pengawalan trafik untuk mengurangkan kesesakan jalanraya?

    Program lampu isyarat pintar (AI) di Jalan Persekutuan telah dilaksanakan iaitu Fasa 1 pada Ogos 2023 melibatkan peruntukan sebanyak RM 1 Juta bagi 7 simpang lampu isyarat di daerah Petaling dan Fasa 2 pada Jun 2024 melibatkan peruntukan sebanyak RM 1.8 Juta bagi 5 simpang di daerah Gombak dan 4 simpang di daerah Hulu Langat.

    Hasil pemasangan pada tahun 2023 mendapati maklumbalas dari pengguna jalan raya yang melalui 7 simpang tersebut adalah baik dan masa perjalanan dapat disingkatkan dalam 20 minit dari sebelum pemasangan lampu isyarat pintar.

    Bagi Jalan Negeri pula, belum ada pelaksanaan atau program yang menggunakan lampu isyarat pintar (AI).

Lampiran

Tiada Lampiran.