Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

116) PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI DI SELURUH SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kuantiti minyak masak terpakai yang dikumpulkan sepanjang 2013?

    Kuantiti minyak masak terpakai yang dikumpulkan sepanjang tahun 2013 adalah seperti berikut :

    PBT JUMLAH (KG)
    MBSA 5,648
    MBPJ 29,179.65
    MPK 1,637.9
    MPAJ 4,420.25
    MPSJ 6,296
    MPS 935.5
    MPKj Tiada
    MPSp 1,162
    MDHS Tiada
    MDKL Tiada
    MDKS 3,600
    MDSB Tiada
    JUMLAH 52,879.30
  2. Berapa peratuskah daripada kuantiti tersebut diproses menjadi bio-diesel?

    Peratus kuantiti minyak masak yang dikitar semula untuk diproses menjadi bahan biodiesel adalah seperti berikut :

    PBT JUMLAH KUTIPAN 2013 (KG) JUMLAH MINYAK

    DIKITAR KEPADA

    BIODIESEL (KG)

    % JUMLAH MINYAK

    YANG DIKITAR

    KEPADA BIODIESEL

    MBSA 5,648 5,648 100%
    MBPJ 29,179.65 24,802.7 85%
    MPK 1,637.9 1,637.9 100%
    MPAJ 4,420.25 3,978.23 90%
    MPSJ 6,296 5,667 90%
    MPS 935.5 1,050 100%
    MPKj Belum melaksanakan program ini
    MPSp 1,162 988 85%
    MDHS Belum melaksanakan program ini
    MDKL Belum melaksanakan program ini
    MDKS 3,600 3,240 90%
    MDSB Belum melaksanakan program ini
    JUMLAH 52,879.30 47,011.83 88.9%

    Bagi minyak masak yang tidak dikitar semula untuk dijadikan bahan biodiesel, minyak-minyak tersebut akan digunakan untuk menjadi gliserin.

  3. Apakah mekanisme yang menjamin minyak masak terpakai tidak dikitar semula bagi kegunaan memasak?

    Buat masa ini, tiada sebarang peruntukan undang-undang yang boleh dikuatkuasakan bagi memastikan minyak masak terpakai tidak dikitar semula bagi kegunaan memasak. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri di peringkat PBT sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan bekerjasama dengan syarikatsyarikat yang menjalankan aktiviti kitar semula minyak masak untuk dijadikan sebagai bahan Biodiesel. Pemantauan dan pemeriksaan akan dilakukan sekiranya ada aduan dan melanggar UUK PBT berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.