Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
266) PENGUMPULAN MAKLUMAT ISU SETEMPAT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan insentif dan KPI kepada penjawat awam yang menyalurkan maklumat yang membahayakan keselamatan awam seperti jalan berlubang, pokok mati, dahan patah dll kepada pihak PBT?
Penjawat awam merupakan tulang belakang kepada jentera pentadbiran kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak memberi sebarang insentif atau ganjaran kepada penjawat awam yang menyalurkan maklumat. Ini kerana penjawat awam di negeri ini adalah nadi kepada perkhidmatan awam dan menjadi platform antara rakyat dan kerajaan, serta seharusnya dan sewajarnya penjawat awam menjadi peneraju dalam menyampaikan apa jua maklumat kepada pihak berkuasa yang berkaitan mengenai isu-isu berbangkit atau aduan terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam.
-
Selepas maklumat isu setempat diterima, berapa lama Kerajaan Negeri
menyelesaikannya?Sistem Pengurusan Aduan (SISPAA) merupakan sistem utama dalam pengurusan aduan awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Semua aduan yang diterima melalui surat, e-mel dan talian telefon akan dimasukkan dalam sistem SISPAA bagi memudahkan pemantauan dilaksanakan. Secara khususnya, aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima melalui sistem aduan ini akan disampaikan kepada pihak berwajib mengikut kategori aduan yang diterima. Kerajaan Negeri Selangor perlu mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan untuk memberi maklum balas kepada setiap aduan yang diterima iaitu dalam tempoh 15 hari bekerja bagi aduan di bawah kategori biasa tertakluk kepada status maklumat kepada iaitu lengkap dan sempurna.