Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

13) PENGUKUHAN SEKTOR PERTANIAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengguna pakai tanah-tanah lapang/terbiar milik Kerajaan Negeri bagi dijadikan pusat pertanian sementara?

    Kerajaan Negeri tiada perancangan khusus untuk membangunkan tanah-tanah lapang/terbiar milik Kerajaan Negeri bagi tujuan pusat pertanian sementara.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Kerjasama Pejabat Jawatankuasa Exco Infrastruktur, dan Pertanian, UPEN serta Pejabat Daerah di Negeri Selangor telah mengambil beberapa insiatif untuk mewujudkan aktiviti agro mikro dalam menggalakkan aktiviti pertanian secara jangkamasa pendek (pertanian kontan). Bagi tanah-tanah lapang terbiar, permohonan tanah secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) juga dibenarkan melalui Pekeliling PTGS Bil.4/2015 bagi tujuan tersebut.

    Malahan Pihak Berkuasa Tempatan juga telah menggalakan Program Kebun Komuniti di kalangan Persatuan Penduduk. Program pertanian yang berkonsepkan pertanian moden/ hidroponik secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan harian penduduk dan dapat mendatangkan hasil jualan secara kecil-kecilan tanpa memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

  2. Apakah program bantuan kepada petani kecil dan sederhana?

    Jabatan pertanian menyediakan intensif untuk pembangunan tanaman sayuran dan kontan di bawah PK08 di dalam rancangan Selangor 1(RS) 2021-2025. Di bawah program ini, tiga komponen utama insentif kemudahan input pertanian dan kemudahan lepas tuai serta pembangunan teknologi. Bagi tahun 2024, sebanyak RM 500,000.00 diperuntukan untuk petani tanaman kontan Negeri Selangor dengan kadar maksimum RM 20,000 per hektar.

Lampiran

Tiada Lampiran.