Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
347) PENGUKUHAN PERJAWATAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu Pihak Berkuasa Tempatan yang baharu dinaiktaraf kepada Bandaraya dan Perbandaran untuk pengukuhan perjawatan di PBT tersebut?
- Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) sentiasa melaksanakan penambahbaikan terhadap struktur organisasi bukan sahaja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah dinaiktaraf namun juga memperluas cadangan untuk melaksanakan pengukuhan perjawatan di semua PBT di Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, pihak berkuasa melulus bagi tujuan perubahan perjawatan tetap di PBT adalah tertakluk kepada bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Oleh yang demikian, penambahan atau sebarang perubahan perjawatan adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharan PB3.1 – Garis Panduan Kawalan Perbelanjaan Awam yang telah menggariskan beberapa dasar perjawatan yang utama seperti berikut:
– Pengurusan perjawatan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira keutamaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan. Pelaksanaan satu-satu fungsi Kementerian/Jabatan/Agensi juga perlu dilakukan secara kreatif dan inovatif agar dapat mencapai tahap produktiviti tertinggi berdasarkan sumber manusia sedia ada;
– Pewujudan jawatan baharu tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah tukar ganti (trade off) dan pindah butiran (redeployment) serta tiada implikasi kewangan tambahan. - Selain itu, struktur organisasi PBT adalah tertakluk kepada model perjawatan PBT berdasarkan “Model Struktur Pihak Berkuasa Tempatan Berstatus Bandaraya/Perbandaran/Majlis Daerah” yang telah dipersetujui dan diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Mengkaji Jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) Bilangan 1 Tahun 2017 bertarikh 7 April 2017 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN). Terdapat tiga (3) model yang telah diluluskan melibatkan Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah mengikut kriteria PBT yang telah ditetapkan seperti jumlah hasil, pegangan dan jumlah penduduk.
- Walau bagaimanapun, sebagai sebuah negeri paling maju dan penyumbang utama KDNK negara, PBT di Negeri Selangor mempunyai kompleksiti dan cabaran yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan PBT di negeri lain dari sudut masalah perbandaran yang terhasil daripada kepadatan penduduk yang tinggi, pembangunan pesat ekonomi dan perindustrian, pertumbuhan bandar-bandar baru, migrasi warga asing, kesesakan lalu lintas, isu alam sekitar dan seterusnya mewujudkan tekanan kepada PBT untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada penduduk. Perkara-perkara ini menuntut supaya struktur model PBT khususnya Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran untuk dikaji semula dan ditambah baik.
- Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mengemukakan cadangan model baharu PBT Negeri Selangor ke JPA. BPSM telah mengeluarkan surat berhubung Cadangan Kajian Berkaitan Struktur Organisasi dan Perjawatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Selangor kepada semua PBT di Selangor pada 27 September 2024 supaya setiap PBT menyediakan satu cadangan model perjawatan PBT yang baharu dan seragam mengikut kategori PBT iaitu Bandaraya, Perbandaran dan Majlis Daerah. Status terkini pelaksanaan kajian berkenaan adalah setiap PBT termasuk MPHS dalam proses untuk menyediakan cadangan berkenaan dan dijangka akan dibentangkan ke Pejabat SUK Selangor pada Februari 2025.
- Selain itu, bagi tujuan penyelesaian jangka pendek, PBT boleh mewujudkan jawatan kontrak tertakluk kepada keupayaan kewangan PBT masing-masing dengan kelulusan Perbendaharaan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Negeri.
- Untuk makluman Yang Berhormat, penambahan bilangan perjawatan bukanlah jalan penyelesaian tuntas terhadap cabaran dan beban tugas yang dihadapi oleh PBT pada masa kini. PBT sudah meneroka kaedah-kaedah baru yang menggunakan automasi, kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital, yang dahulunya dilakukan secara manual dapat dijalankan dengan lebih pantas dan cekap. Contohnya, penggunaan sistem chat box untuk perkhidmatan pelanggan, kaedah pembayaran elektronik, sistem Pemantauan Trafik dan Pengurusan Lampu Isyarat Pintar serta Pengawasan Keselamatan Berasaskan AI yang jelas menjimatkan penggunaan tenaga manusia di PBT.

MPHS mempunyai jumlah kakitangan yang sedikit berbanding PBT berstatus Perbandaran lain, adakah kerajaan berhasrat meningkat jumlah kakitangan MPHS?