Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
14) PENGUBAHSUAIAN RUMAH KEDIAMAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kedudukan rumah-rumah kediaman yang telah mendapat kelulusan untuk membuat pengubahsuaian seperti menambah tingkat bagi rumah teres setingkat menjadikan dua tingkat, namun apabila siap CF gagal diperoleh. Bagaimanakah cara penyelesaiannya
Rumah kediaman yang telah mendapat kelulusan untuk pengubahsuaian dan
mematuhi seperti pelan yang diluluskan akan diberi CF. Namun yang tidak
mematuhi pelan yang diluluskan tidak akan dikeluarkan CF. Cara
penyelesaiannya pemohon boleh mengemukakan As Built Plan kepada pihak
PBT untuk kelulusan. Pihak PBT boleh menimbangkan permohonan
berdasarkan syarat-syarat minimum yang ditetapkan. Pihak pemohon boleh
dikenakan penalti kerana melencong semasa pembinaan sebagaimana dalam
Sek. 70 (13)(b) Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133). Penalti atau denda
boleh dikenakan tidak lebih dari Lima puluh Ribu Ringgit (RM50,000.00)danjuga
boleh dikenakan denda tambahan sebanyak Seribu Ringgit (RM1,OOO.00)bagi
tiap-tiap hari kesalahan diteruskan. Walau bagaimanapun, penalti yang
dikenakan boleh dirayu kepada PBT berkenaan. -
Mengapa terdapat perbezaan kepada cukai pintu rumah-rumah yang telah diubahsuai dengan rumah-rumah asal tanpa pengubahsuaian? Apakah formula yang diguna pakai bagi menentukan cukai tersebut?
Perbezaan kepada cukai pintu rumah-rumah yang telah diubahsuai dengan
rumah-rumah asal tanpa pengubahsuaian adalah seperti yang termaktub di
dalam Seksyen 2Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) -Nilai Tahunan
adalah termaktub
” Anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperoleh dari
setahun ke setahun dari peganganyang berkenaanjika disewakan, dengan tuan
tanah membayar belanja bagi pembaikan, insurans, penyelenggaraan atau
pemeliharaandan segala kadar dan cukai awam “.
—- —
Terdapat perbezaan kepada cukai pintu bagi rumah-rumah yang telah
diubahsuai dengan rumah-rumahasal tanpa pengubahsuaianadalah disebabkan
terdapatnya perbezaan I pertambahan keluasan bagi harta I rumah tersebut.
Formula Asas yang digunakan oleh Jabatan bagi pengiraan cukai taksiran
adalah seperti berikut :
Keluasan Lantai Bersih @ Kadar sewa skp = Sewa Bulanan Sewa Bulanan @ 12
bulan = NILAI TAHUNAN
Oleh itu CUKAITAKSIRAN = NILAI TAHUNANx 8.8%