Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

168) PENGUATKUASAAN WARGA ASING OLEH MBDK

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa kerap MBDK menjalankan operasi berkaitan warga asing yang berniaga di kawasan Klang.

    Majlis Bandaraya Diraja Klang telah menjalankan pemeriksaan/ operasi terhadap warga asing yang meniaga di kawasan Klang dari bulan Januari hingga Oktober dengan jumlah pemeriksaan seperti yang berikut :

     

    Bil. Bulan Jumlah Pemeriksaan/ Operasi
    Premis Penjaja
    1. Januari 6 4
    2. Februari 6 7
    3. Mac 8 12
    4. April 13 8
    5. Mei 11 5
    6. Jun 14 7
    7. Julai 16 12
    8. Ogos 13 12
    9. September 14 13
    10. Oktober 23 17
      Jumlah 124 97
  2. Berapakah jumlah tindakan penguatkuasaan telah dibuat?

    Sepanjang tahun 2023 dan 2024, sebanyak 535 sitaan bagi tahun 2023 manakala sebanyak 588 sitaan bagi tahun 2024 (Januari hingga Oktober) dijalankan ke atas warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran MBDK seperti :

    1. Premis kedai runcit;
    2. Penjaja
    3. Premis makanan
    4. Pasar
    5. Premis proses ayam
    6. Premis menjual arak dan
    7. Premis mencuci kenderaan

Lampiran

Tiada Lampiran.