Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
199) PENGUATKUASAAN UNTUK LEMBU TERBIAR DAN ANJING LIAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah MPKS ada bekerjasama dengan jabatan haiwan atau organisasi berkaitan bagi menangani isu lembu terbiar dan anjing liar, apakah bentuk dan hasil dari kerjasama tersebut?
- Bagi operasi haiwan merayau (lembu) melibatkan agensi seperti PDRM untuk mengawal dari segi keselamatan semasa sitaan lembu dijalankan dalam kawasan larangan.
Pihak Majlis mengambil inisiatif dengan melantik kontraktor tangkapan anjing bermula pada tahun 2024, telah menunjukkan prestasi tangkapan yang memuaskan berbanding tangkapan sebelum ini yang dijalankan secara inhouse. Berikut adalah data tahun 2024 bagi operasi sitaan/ tangkapan lembu dan anjing liar :-
Bulan Anjing Lembu Januari 163 1 Februari 58 1 Mac 60 0 April 24 0 Mei 208 0 Jun 191 0 Julai 198 1 Ogos 206 1 September 206 3 Oktober 193 2 November 212 1 Disember 133 0 Jumlah
1,852
10
-
Adakah MPKS mempunyai program seperti tangkapan, pemvaksinan atau penempatan semula untuk mengawal populasi anjing liar, jika ada, senaraikan?
Pihak MPKS mempunyai sebuah penempatan seperti Pusat Kurungan Haiwan Sementara selepas sitaan haiwan dijalankan. Tempoh simpanan adalah selama 7hari dan melibatkan beberapa kos seperti Jagaan RM50/ hari dan Sitaan RM500/ ekor. Program vaksin tiada dibuat disebabkan kos yang terlalu tinggi.