Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

224) PENGUATKUASAAN UNTUK LEMBU TERBIAR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan Negeri bercadang untuk meminda enekmen pengguatkuasaan lembu terbiar agar penternak lebih bertanggungjawab?

    Kerajaan Negeri merancang untuk menyediakan draf pindaan Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 termasuk perkara-perkara mengenai penalti. Kadar penalti yang sebenar hanya akan ditentukan selepas mengambil kira pelbagai aspek dan pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan kelak. Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) dengan keizinan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dalam proses untuk menyediakan draf Kaedah-kaedah Pelesenan Penternakan Lembu Kerbau supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan efektif. Undang-undang subsidiari ini dijangka dimuktamadkan sebelum 31 Disember 2024 tertakluk kelulusan oleh Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor. Setelah itu, Kerajaan Negeri akan melaksanakan sesi-sesi penerangan dan libat urus melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti pemimpin masyarakat, golongan penternak, Jabatan/Agensi Kerajaan seperti DVS, PBT, PDT, PDRM bagi tempoh enam (6) bulan sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negeri ini.

  2. Berapakah kompaun yang dikenakan kepada penternak lembu terbiar?

    Menurut Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 Seksyen 5(1) memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara selama tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekiranya didapati pemilik ternakan telah membiarkan ternakan berkeliaran di luar kawasan penternakan yang dibenarkan. Selain itu, menurut Kanun Tanah Negara (Akta 828) Seksyen 427 memperuntukkan denda sebanyak RM1,000.00 kepada penternak yang membiarkan haiwan ternakkannya berkeliaran di tanah Kerajaan/rezab/lombong.

  3. Adakah kompaun tersebut cukup untuk menampung kos penyimpanan dan penjagaan lembu di depoh sementara?

    Kadar denda yang dikenakan adalah sangat rendah dan tidak dapat menampung kos penguatkuasaan yang terlibat terutamanya kos penyimpanan dan penjagaan lembu-lembu yang dirampas yang ditempatkan di depoh sementara.

Lampiran

Tiada Lampiran.