Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
160) PENGUATKUASAAN TERHADAP WAKTU PEMBUKAAN PREMIS HIBURAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah SOP Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan tiada pusat hiburan yang beroperasi lebih lewat daripada masa yang dibenarkan?
Waktu operasi premis hiburan yang dibenarkan adalah seperti berikut:
i) Pusat Hiburan Keluarga (PHK) dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam;
ii) Pusat Hiburan Istirehat (PHI) dari jam 4.00 petang sehingga 1.00 pagi; dan
iii) Pusat Hiburan Awam (PHA) dari jam 4.00 petang sehingga 1.00 pagi.
Antara tindakan yang boleh diambil oleh PBT bagi memastikan tiada pusat hiburan yang beroperasi lebih lewat daripada masa yang dibenarkan adalah:
i) PBT akan melaksanakan pemantauan, pemeriksaan dan rondaan berjadual untuk memastikan aktiviti yang dijalankan mengikut syarat- syarat kelulusan dan pematuhan yang ditetapkan;
ii) PBT boleh mengambil tindakan pembatalan lesen premis hiburan;
iii) Merampas cagaran pematuhan sekiranya pelesen melanggar syarat-syarat lesen hiburan; dan
iv) Mengenakan kompaun di bawah Seksyen 29(1), Peraturan-Peraturan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996 iaitu menjalankan aktiviti perniagaan melebihi had masa yang ditetapkan maksimum RM1,000.
-
Apakah statistik tindakan kompaun dan notis terhadap premis yang bersalah?
PBT Statistik tindakan notis Statistik tindakan kompaun Statistik bilangan aduan MBSA – – – MBPJ – 286 37 MPK 1 4 5 MPAJ 5 5 – MPSJ 32 35 71 MPS 1 3 2 MPKJ 27 432 – MPSP 1 – 1 MDKL – 1 2 MDHS – 5 – MDKS 1 8 5 MDSB 1 2 – -
Apakah statistik aduan berkenaan isu ini?
Sama seperti di SUB(a)