Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
218) PENGUATKUASAAN TERHADAP OPERASI PENEROKAAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk jaminan penguatkuasaan yang boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan operasi penerokaan seperti kuari-kuari di sekitar Bandar Puncak Alam dan Kampung Bukit Hijau, Jeram terus terkawal serta tidak akan mendatangkan pencemaran kepada penduduk sekitar?
Bagi memastikan operasi yang melibatkan permit bahan batuan tidak mendatangkan isu kepada penduduk sekitar, Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan memastikan syarat-syarat serta peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi- agensi teknikal dipatuhi oleh pihak operator kuari. Selain itu, kelulusan permit perlu diperbaharui secara tahunan sebagai salah satu kaedah kawalan agar pemegang permit sentiasa mematuhi syarat kelulusan permit.