Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

233) PENGUATKUASAAN TERHADAP OPERASI KEGIATAN TAPAK SAMPAH HARAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pengusaha tapak sampah haram di seluruh negeri telah ditahan bermula tahun 2020 sehingga kini?

    Tiada pengusaha tapak sampah haram yang telah ditahan di Negeri Selangor sejak 2020 sehingga kini.

  2. Selain daripada bergantung kepada penguatkuasaan PBT, adakah Kerajaan Negeri bersedia mewujudkan unit khas yang melibatkan pelbagai agensi untuk membanteras kegiatan tapak sampah haram ini?

    Kerajaan Negeri sedang memperhalusi penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Tapak Sampah Haram. Jawatankuasa Khas ini dicadangkan supaya berfungsi sebagai satu platform khas bagi membincangkan isu-isu mengenai pengurusan dan perancangan tindakan membasmi tapak sampah haram. Antara agensi yang dicadangkan untuk dilibatkan adalah Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor dan Polis Diraja Malaysia serta jabatan/ agensi lain berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa supaya tindakan dapat diambil mengikut bidang kuasa masing-masing. Cadangan ini dijangka akan dibentangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan penubuhan pada suku tahun kedua tahun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.