Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

32) PENGUATKUASAAN SEKSYEN 26(I) DAN (II) AKTA 172 DI MERU

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah pemilik tanah pertanian di Kampung Meru yang telah di ambil tindakan di bawah Seksyen 26 (i) (a) dan Seksyen 26 (i) (b) Akta 172 yang melanggar syarat penggunaan tanah pertanian dengan mendirikan rumah-rumah sewa dan penjualan lot-lot lidi yang bersifat aktiviti perniagaan?

    Majlis Perbandaran Klang tidak mengeluarkan Notis/ Tindakan di bawah Seksyen 26 (i) (a) dan Seksyen 26 (i) (b) Akta 172. Walau bagaimanapun, Majlis Perbandaran Klang akan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 18(1) dan Seksyen 19(1) Akta 172

Lampiran

Tiada Lampiran.