Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
117) PENGUATKUASAAN PBT DAN AGENSI YANG EFISIEN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah cadangan supaya memastikan pembuangan sampah haram tidak berlaku khususnya di luar bandar?
Kejadian tapak pembuangan sampah haram kebiasaannya berlaku di kawasan pedalaman di mana pelaku menceroboh tanah kerajaan seperti di ban sungai, hujung jalan rezab JKR atau tanah-tanah lapang. Selain itu, pelaku juga menceroboh tanah hak milik yang berada di kawasan pedalaman dan kurang dipantau oleh pemilik tanah. Jenis-jenis sampah yang dibuang adalah seperti sisa binaan, sisa industri dan sisa-sisa dapur dari kawasan komersial sebagai contoh kedai makan atau restora Bagi mengatasi aktiviti pembuangan sampah di tapak pembuangan sampah haram, Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil tindakan seperti berikut:
- Melantik kontraktor pembersihan sebagai kontraktor panel yang berdaftar dengan PBT bagi perkhidmatan pemungutan sisa industri/ komersial, sisa binaan dan sisa institusi (ICI);
- Menambah syarat melantik kontraktor panel berdaftar dengan PBT oleh pengusaha industri/ syarikat ke dalam lesen perniagaan;
- Pihak industri/ syarikat disyaratkan perlu mengemukakan laporan tipping fee kepada PBT sebagai bukti pelupusan. Sebarang ketidakpatuhan ini akan mengakibatkan lantikan kontraktor berkaitan ditamatkan dan disenarai hitam oleh PBT;
- Bagi setiap kerja-kerja pengubahsuaian bangunan dan pembinaan juga menggunakan kontraktor perkhidmatan panel kutipan sisa binaan yang dilantik oleh PBT;
- Menyemak semula kekerapan jadual kutipan sampah di kawasan industri, komersial, pasar malam dan medan selera;
- Menambah tong sampah RORO di kawasan pasar malam; dan
- Mengumpul data kutipan barangan kitar semula dari premis industri.
Selain itu, PBT turut menjalankan penguatkuasaan dengan mengenal pasti kawasan-kawasan hot spot pembuangan sampah haram dengan melaksanakan pemantauan berkala, mendapatkan maklumat pemilik tanah untuk diberikan Notis Kerja Tanah, menutup laluan masuk lori ke tapak pembuangan sampah dan menyita jentera yang terlibat dalam aktiviti pembuangan sampah haram seperti lori dan excavator.
-
Adakah cadangan supaya pembuangan bahan toksik ke sungai yang boleh menyebabkan pencemaran di loji air yang akan menyebabkan bekalan air terputus?