Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
73) PENGUATKUASAAN PAPAN IKLAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah prosedur permohonan papan iklan rumah kedai?
Bagi permohonan lesen papan iklan rumah kedai, pemohon perlu mengisi borang permohonan iklan dan disertakan dokumen-dokumen seperti di bawah :
- Satu salinan ROB ( Borang A dan D) atau ROC ( Borang 9 dan 49 atau 13 jika ada) atau pendaftar Pertubuhan
- Satu salinan lakaran iklan yang lengkap dan dibuat melalui komputer/visual iklan;
- Sekeping gambar lokasi pemasangan papan iklan ;
- Satu salinan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF).
- Surat kebenaran jiran jika terdapat iklan 2 muka disisi / tepi premis bangunan (jika berkenaan).
- Penggunaan Bahasa Kebangsaan dan penggunaan visual juga akan dinilai di mana menjadi salah satu keperluan berdasarkan Undang- Undang Kecil Iklan
-
Apakah spesifikasi papan iklan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri?
Spesifikasi papan iklan adalah mengikut syarat-syarat visual iklan Undang- Undang Kecil Iklan (2007) seperti berikut :
- Bahasa Kebangsaan/ Melayu hendaklah digunakan dalam semua iklan sama ada secara sendiri atau dengan mana-mana bahasa lain (Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil);
- Jika bahasa Kebangsaan/ Melayu digunakan bersama dengan bahasa lain (Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Tamil) dalam sesuatu iklan, perkataan dalam bahasa kebangsaan hendaklah 30% lebih besar daripada bahasa lain tersebut dan diutamakan dari segi kedudukan;
- Penggunaan tulisan bahasa asing yang lain selain daripada Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil adalah tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan tulisan Jawi adalah digalakkan;
- Bahasa dalam iklan tersebut hendaklah menggunakan nahu yang betul. Pengusaha/ pemohon perlu mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa bagi visual iklan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP);
- Pengusaha/ pemohon dikehendaki melampirkan lakaran lokasi pemasangan papan iklan mengikut pelan lokasi yang dinyatakan;
- Maklumat papan iklan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat- maklumat seperti ukuran papan iklan, ukuran perkataan serta nyatakan samada ianya bercahaya atau tidak bercahaya;
- Pengusaha/ pemohon dikehendaki menyediakan ruangan untuk mempamerkan nombor rujukan kelulusan papan iklan di sebelah bawah, penjuru kanan;
- Papan iklan yang dipasang menghalang struktur bertingkap dan berkaca adalah tidak dibenarkan;
- Papan iklan yang dipasang mestilah tidak melepasi bumbung bangunan;
- Struktur iklan hendaklah mendapatkan kelulusan Jurutera bertauliah @ berdaftar; dan
- Pemohon tertakluk kepada Undang- Undang Kecil Iklan
-
Apakah tindakan kerajaan negeri sekiranya papan iklan yang dipasang tidak mengikut spesifikasi?
Sekiranya papan iklan yang tidak mengikut spesifikasi , notis pematuhan akan dikeluarkan untuk memastikan pemohon membuat pembetulan. Sekiranya pemohon walaupun telah menerima notis, tindakan penurunan iklan akan diambil seperti yang termaktub dalam Undang- Undang Kecil Iklan PBT masing-