Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
189) PENGUATKUASAAN LOT LIDI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Isu lot lidi di Dengkil masih berterusan. Adakah kerajaan bercadang untuk mengetatkan lagi penguatkuasaan dan pemantauan lebih kerap kerja - kerja tanah yang melibatkan lot lidi ini?
1.0 Lot lidi adalah satu urusniaga berkaitan tanah yang menyalahi serta tidak mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa khususnya di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 828], Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133].
2.0 Aktiviti kerja-kerja tanah secara umumnya melibatkan dua (2) agensi yang utama iaitu:
2.1 Pihak Berkuasa Tempatan
Berdasarkan peruntukan Seksyen 70A Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133], setiap aktiviti kerja tanah bagi tujuan pendirian bangunan perlulah menyerahkan pelan kerja tanah dan mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak Berkuasa Tempatan adalah agensi yang mempunyai kussa kawalan penuh terhadap sebarang aktiviti-aktiviti pembangunan dan kerja-kerja tanah. Aktiviti kerja-kerja tanah yang tidak mempunyal kelulusan adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Subsekyen 70A(9) Akta 133 dan jika disabitkan boleh dipenjara untuk suatu tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau didenda tidak melebihi RM 50,000.00 atau kedua-duanya sekali.
2.2 Pejabat Daerah dan Tanah
Bagi aktiviti-aktiviti pengeluaran, pengalihan dan pengangkutan bahan batuan (tanah) dari tapak/ tanah ke lokasi lain, berdasarkan peruntukan Seksyen 70 Kanun Tanah Negara [Akta 828] pemilik tanah dikehendaki mendapatkan kebenaran dan kelulusan permit bahan batuan (Permit 4C) daripada Pejabat Daerah dan Tanah berkaitan. Aktiviti pengeluaran, pengalihan dan pengangkutan bahan batuan yang tidak mempunyai kelulusan dan permit adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 426 Akta 828 dan jika disabitkan boleh didenda untuk suatu jumlah tidak melebihi RM 500,000.00 atau dipenjara untuk suatu tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali
3.0 Peruntukan undang-undang sedia ada berkaitan pengurusan, pengawalan dan kelulusan aktiviti-ativiti kerja tanah ini shingga hari ini dilihat sebagai mencukupi dan ketat untuk penguatkuasaan undang-undang. Namun aktiviti urusniaga lot lidi ini mash mendapat perhatian dan penglibatan awam. Kesedaran dan pengetahuan awam berkenaan risiko jebakan urusniaga lot lidi perlu ditekankan dan disebarluaskan kepada awam. Pengusaha-pengusaha lot lidi pada hari ini dilihat sentiasa mencari lompong-lompong perundangan dan mengubah modus operandi bagi membenarkan tindakan mereka.
4.0 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) sentiasa menjalankan tindakan pemantauan melalui aktiviti rondaan harian oleh anggota unit penguatkuasaan bagi memastikan kerja-kerja tanah yang beroperasi tanpa kelulusan dapat diatasi secara berterusan.