Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
33) PENGUATKUASAAN KENDERAAN BERAT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap kenderaan berat yang parkir di bahu Jalan Desa Ria yang membahayakan keselamatan penduduk sekitar?
Pihak JPJ akan sentiasa mengambil tindakan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah – kaedah dibawahnya. Kesalahan meletak kenderaan di bahu jalan boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 12(4) dimana bagi kesalahan meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Dimana Notis dan kompoun akan dikeluarkan kepada pemilik berdaftar. Jika berlaku kesalahan berulang, tindakan senaraihitam di bawah Seksyen 17 APJ 1987 akan diambil.
-
Apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap lori muatan berat yang melalui kawasan sekolah Garing pada masa larangan?
Pihak JPJ sentiasa melakukan pemantauan secara berkala dan berjadual di kawasan ini. Penguatkuasaan secara risikan, rondaan dan sekatan jalan raya telah di lakukan di laluan ini.
KESALAHAN YANG DIKESAN DARI JANUARI SEHINGGA MEI 2024
BIL KESALAHAN BIL 1 Tidak patuhi Isyarat laluan terhad 10 2 Lesen Memandu 2 3 Lesen Vokasional 2 4 Lesen Kenderaan Motor 5 5 Teknikal 25 JUMLAH 44 NOTIS YANG DIKELUARKAN DARI JANUARI SEHINGGA MEI 2024
BIL JENIS NOTIS BIL.NOTIS 1 JPJ P (22) 37 2 NOTIS 61(1) 13 3 PG 1 13 JUMLAH 63