Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
85) PENGUATKUASA PENCEGAH MAKSIAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah Ð langkah yang diambil oleh pihak penguatkuasaan / Kerajaan Negeri untuk menangani isu moral dan maksiat ini?
Di antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak penguatkuasa agama Islam/
Kerajaan Negeri untuk menangani isu moral dan maksiat ini ialah :
1) Mengadakan operasi khas pada setiap bulan berdasarkan peruntukanperuntukan enakmen Jenayah Syariah 9/95.
2) Melaksanakan program penerangan berkenaan Enakmen Jenayah Syariah
Selangor 9/95 kepada AJK-AJK masjid, ahli-ahli kariah, biro-biro keselamatan
kampung, RELA, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar-pelajar
IPTA dan IPTS.
3) Melaksanakan Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) bagi mereka-mereka yang
ditahan di bawah kesalahan tidak lazim tangkap, kes-kes tangkapan awam, kes
yang tiada saksi dan sebagainya.
4) Melaksanakan Seminar Masih Ada Yang Sayang bagi mereka yang ditahan
kerana bekerja sebagai juru urut, bar tender, pondan dan sebagainya.
5) Melaksanakan rondaan berkala bagi lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan
berlakunya kes berkelakuan kurang sopan di tempat awam 3 kali seminggu.
6) Menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Menangani Gejala Sosial yang dianggotai
oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, polis, Penasihat Undang-undang
Negeri Selangor, PBT, dan Pejabat Daerah. -
Bagaimanakah prosedur sistem pencegahan yang diamalkan oleh jabatan berkenaan kerana sewaktu penduduk memanggil penguat kuasa dan JAIS terdapat pelbagai alasan contohnya kekurangan kakitangan untuk melakukan operasi?
Setiap aduan yang diterima akan diklasifikasikan aduan tersebut sama ada boleh atau
tidak untuk dilaksanakan dan sekiranya boleh dilaksanakan, anggota penguatkuasa
agama akan melaksanakannya. Namun terdapat beberapa situasi di mana ada
ketikanya kejadian kemungkaran sedang berlaku dan anggota sedang melaksanakan
aduan yang lain, maka aduan tersebut seharusnya ditujukan pula kepada pihak polis
atau pegawai masjid yang berautoriti mengikut enakmen yang ada. Di sini sering berlaku
kekeliruan kerana walaupun mereka boleh melaksanakan aduan tersebut, namun
mereka tetap mahukan penguatkuasa agama berada di lokasi untuk membuat
tangkapan.