Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

79) PENGOTOMASIAN PENGURUSAN SAMPAH DAN PEMBAHARUAN KONTRAK

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah mesin baru yang sedang dipertimbangkan oleh KDEB untuk digunapakai bagi menambahbaikan kecekapan dan servis pengurusan sampah, terutamanya dari segi kerja-kerja sapuan?

    KDEB Waste Management Bhd. (KDEBWM) sentiasa berusaha untuk menambah baik kualiti perkhidmatan dengan mengaplikasikan elemen-elemen pengautomasian dalam urusan kutipan sisa untuk meningkatkan kecekapan operasi harian di lapangan. Bagi memudahkan lagi kerja-kerja sapuan, KDEBWM sedang menguji dan menilai beberapa jentera baharu yang boleh digunakan khususnya di kawasan-kawasan komersial seperti mesin penyedut sampah mudah alih yang boleh ditarik menggunakan lori kecil.

    KDEBWM sedang berunding dengan pihak pengedar dan merancang untuk melaksanakan proof of concept bagi menilai kesesuaian dan keberkesanan mesin tersebut. Perkara ini adalah bagi memastikan perolehan mesin ini yang berjumlah RM80 ribu seunit (tidak termasuk lori) mempunyai value for money dan Return of Investment yang wajar.

  2. Mengikut penilian KDEB, apakah peratusan penambahan duit yang diperlukan daripada setiap PBT untuk 'sustain' servis sediada?

    Berdasarkan perjanjian perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di antara KDEBWM dan juga PBT, terdapat klausa untuk mengkaji harga kontrak pada setiap dua (2) tahun (kecuali Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) – setiap empat (4) tahun dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang tiada klausa untuk mengkaji kadar harga). Walau bagaimanapun, setakat ini PBT yang telah memberikan tambahan harga kontrak kepada KDEBWM adalah Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kenaikan sebanyak 1%.

     

    Tanpa kenaikan harga yang sepatutnya, terdapat ketidakseimbangan di antara pendapatan (revenue) KDEBWM dan juga kos yang dibelanjakan (expenses). Dengan pendapatan tanpa sebarang kenaikan (stagnant), kewangan KDEBWM akan semakin menyusut kerana kos yang dibelanjakan khususnya kos operasi dan tenaga kerja semakin meningkat pada setiap tahun. Apabila perbelanjaan melebihi dari pendapatan, KDEBWM mencatatkan kerugian.

     

    KDEBWM berpandangan bahawa kadar harga yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) kepada syarikat-syarikat konsesi di Negeri-Negeri yang menandatangani Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)  boleh dijadikan sebagai sebagai penanda aras kepada peratusan penambahan harga yang diperlukan daripada setiap PBT sebagaimana jadual perbandingan di bawah:

     

    • Kutipan Sampah Domestik
    Jenis Premis Kadar Harga yang Diberikan oleh PBT kepada KDEBWM Kadar Harga yang diberikan kepada Syarikat Konsesi
    Rumah di atas tanah RM6.00 – RM8.00 RM14.80
    Komersial RM7.00 – RM25.00 RM11.62-RM34.86

     

    Strata RM5.50- RM9.75/unit rumah

    RM 100 – RM 600/Unit Tong

    RM10.87/ Unit Tong

     

     

     

    • Pembersihan Awam
    Skop Kadar Harga yang Diberikan oleh PBT kepada KDEBWM Kadar Harga yang diberikan kepada Syarikat Konsesi
    Jalan Awam RM0.10/m RM0.056/m

    (Manual) /RM0.0192/m (Mekanikal)

    Jejantas RM0.10-RM0.40/m RM0.0402/m2
    Terminal Pengangkutan Awam Tiada RM0.0563/m2
    Terminal Bas RM1.00/m RM0.0667/m2
    Tempat Meletak Kenderaan /  Tempat Awam RM0.40/m RM0.0402/m2
    Tandas Awam RM1.00/m2 RM1.00/m2
    Longkang Terbuka (<450mm lebar) RM0.20 –RM0.40/m RM0.2235/m
    Longkang Terbuka (>450mm-1,000mm lebar) RM0.20 –RM0.40/m RM0.4393/m
    Longkang Terbuka (1,000mm-2,000mm lebar) RM0.20 –RM0.40/m RM0.4393/m
    Longkang Terbuka (>2,000mm lebar) RM0.20 –RM0.40/m RM1.00/m
    Longkang tertutup RM0.40/m RM1.5443/m
    Sump None RM50/Unit
    Log boom / Perangkap sampah RM200-RM300/ unit RM265.6250 / Unit
    Longkang tanah (>1,000mm lebar) Tiada RM0.3626/m
    Pusat Penjaja RM1.10/Plot RM0.10/m2
    Pasar Awam RM1.10/Plot RM0.18/m2
    Pasar Pagi/ Pasar Malam / Pasar Tani RM1.10/Plot RM0.12/m2
    Kutipan Sampah Haram Di bawah PBT RM265.6250/Tan
    Pembersihan Pantai Di bawah PBT RM0.0433/m2
    Pemotongan Rumput RM0.20/m2 RM0.1066/m2
    Pelupusan Bangkai Tiada RM265.625/Tan

     

    Dengan penambahan kadar harga yang lebih baik sebagaimana yang dinikmati oleh syarikat-syarikat konsesi di bawah Akta 672, KDEBWM yakin akan mampu bertahan dalam menguruskan perkhidmatan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor selain dapat meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan melalui langkah-langkah pengautomasian mesin serta penambahan tenaga pekerja di lapangan.

  3. Apakah pendirian Kerajaan Negeri berkenaan keperluan menandatangan Akta 672?

    Kerajaan Negeri sedang meneliti semula ruang dan peluang penambahbaikan yang perlu dicadangkan kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya Akta 672 hendak ditandatangani. Cadangan terperinci berhubung perkara tersebut dijangka dapat dibentangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri pada bulan Mac 2024 untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan sebelum surat hasrat cadangan pemakaian Akta 672 dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan. Antara perkara yang akan dibawa kepada perhatian Pihak Berkuasa Negeri adalah seperti berikut:

     

    1. Kuasa PBT
    • Pemotongan sumbangan daripada PBT kepada SWCorp bagi kesalahan yang dilakukan oleh pihak konsesi;
    • Pegawai dan Kakitangan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam PBT tidak dikurangkan; dan
    • Kuasa ke atas tapak sampah haram.

     

    1. Perkhidmatan Syarikat Konsesi
    • Diuruskan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor;
    • Skop pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sedia ada dikekalkan atau ditambah baik;
    • Kekerapan mesyuarat Service Level Committee SLC; dan
    • Kadar harga dan perincian skop dan spesifikasi tentang kutipan dan pembersihan awam.

     

    1. Penguatkuasaan dan Pengurusan Aduan
    • Pengurusan aduan dan penyelesaian diuruskan secara sepenuhnya tanpa melibatkan PBT;
    • Pengurusan sampah haram, longgok dan kawasan kampung diselesaikan secara menyeluruh; dan
    • Penyelesaian litter picking.

     

    1. Pengurusan Kontrak
    • Mewujudkan Exit Clause; dan
    • Perbincangan dengan PBT sebelum sebarang perubahan perjanjian.

     

    1. Sumbangan
    • Kekerapan pembayaran sumbangan PBT kepada SWCorp; dan
    • Sebarang tambahan perbelanjaan oleh PBT bagi urusan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam diberikan gantian atau penyelarasan jumlah sumbangan PBT kepada SWCorp.

Lampiran

Tiada Lampiran.