Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

188) PENGOREKAN PASIR LAUT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan lokasi aktiviti pengorekan pasir laut yang terdapat di Selangor?

    Lokasi aktiviti pengorekan pasir laut berada di luar perairan Negeri Selangor iaitu melebihi 3 batu

  2. Adakah kerajaan negeri mengeluarkan kebenaran untuk aktiviti pengorekan pasir laut?

    Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan kebenaran untuk aktiviti pengorekan pasir laut iaitu di dalam 3 batu nautika perairan negeri. Walau bagaimanapun, bagi projek Taman Perindustrian Pulau Indah Fasa 3, LUAS telah mengeluarkan kebenaran untuk aktiviti menyedut pasir dari ‘stockpile’ yang terdapat di dalam perairan Sungai Chandong iaitu bersebelahan dengan Pelabuhan Barat. Sumber pasir yang diambil adalah di luar perairan

  3. Senaraikan syarikat yang diberi lesen kebenaran untuk mengorek pasir laut?

     

    Antara syarikat yang telah diberi lesen oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan adalah seperti berikut;

     

    • Jicom Sdn Bhd,
    • Ramacon Corporation Sdn Bhd, dan
    • Desa Cempaka Sdn.

Lampiran

Tiada Lampiran.