Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
78) PENGOPERASIAN KUARI
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah syarat-syarat serta garis panduan daripada Kerajaan Negeri yang dikenakan terhadap operasi-operasi kuari di Selangor?
Syarat-syarat serta garis panduan daripada Kerajaan Negeri yang dikenakan terhadap operasi-operasi kuari di Selangor antaranya adalah:
- Penetapan syarat-syarat Permit 4C (Seksyen 74 (a) KTN) yang ditetapkan melalui Pentadbir Tanah berkaitan;
- Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) adalah agensi mengawal segala aktiviti-aktiviti pengkuarian berdasarkan Skim Melombong yang telah diluluskan;
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah agensi mengawal kesan alam sekeliling yang melibatkan aktiviti-aktiviti pengkuarian dengan syarat-syarat yang telah diluluskan melalui Laporan Kesan Alam Sekeliling (EIA); dan
- Selangor Quarry Rules, 2003 adalah salah satu rujukan yang digunakan bagi mengawal tatacara operasi penguakuarian.
-
Apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan masalah kacau ganggu daripada lori-lori kuari dapat diatasi?
Tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan masalah kacauganggu daripada lori-lori kuari adalah dengan penetapan di dalam syaratsyarat Permit 4C (Permit Pengeluaran Bahan Batuan) yang mana di dalam Permit 4C tersebut telah menyatakan bahawa pihak pengusaha perlu mematuhi syaratsyarat Permit 4C. Salah satu syarat di dalamnya adalah Penetapan Waktu Pengeluaran :
- Isnin hingga Jumaat
Dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
* Jika ada permintaan pengeluaran waktu tambahan, pengusaha perlu mengemukakan permohonan ke Pentadbir Tanah berkaitan.