Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

17) PENGOPERASIAN KUARI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah hasil yang diperolehi Kerajaan Negeri melalui aktiviti-aktiviti kuari di Selangor?

    Hasil Kerajaan Negeri melalui aktiviti-aktiviti kuari di Selangor mengikut tahun adalah seperti di jadual di bawah :

     

    Tahun

    Jumlah Kutipan Hasil Kerajaan Negeri (Royalti Granit/Kuari)
    2014 RM24,661,171.91 Juta
    2015 RM48,993,999.04 Juta
    2016 RM36,207,211.92 Juta
    2017 RM51,948,507.45 Juta
    2018 RM31,269,970.69 Juta
  2. Berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah-masalah infrastruktur misalnya jalanraya akibat daripada pergerakan lori-lori kuari?

    Sehingga kini, tiada perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah-masalah infrastruktur akibat daripada pergerakan lori-lori kuari namun, Kerajaan Negeri telah menetapkan bagi setiap kelulusan aktiviti pengkuarian, pengusaha kuari perlu meletakkan deposit-deposit kepada setiap agensi-agensi teknikal berkaitan untuk dijadikan sebagai pegangan dalam mengatasi masalah-masalah infrastruktur akibat aktiviti pengkuarian. Antara agensi-agensi berkaitan adalah:

    Bil. Jabatan / Agensi Wang Cagaran Tindakan
     

    1.

    Pejabat Tanah dan Daerah  

    RM50,000.00

    Pentabiran                                          dan Pengurusan Permit Bahan

    Batuan.

     

    2.

    Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor  

    RM50,000.00

    Pengurusan                                                      dan penyelenggaraan      jalan-

    jalan Negeri.

     

    3.

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

    Selangor

     

    RM20,000.00

    Pengurusan                                                 dan Penyelenggaraan                                    Sungai

    dan Rizab Sungai

Lampiran

Tiada Lampiran.