Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
204) PENGOPERASIAN DAN KEWANGAN UNISEL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi kewangan beraudit dari 2021-2023.
Prestasi kewangan beraudit dari tahun 2021-2023 adalah seperti berikut;
UNISEL SDN BHD (199901008221 (483121-H)) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) DERAF 2021 2022 2023 Keuntungan/ (Kerugian) RM (1,975,819) RM (15,424,313) RM (4,239,196) -
Berapakah jumlah geran Kerajaan Negeri dari tahun 2022-2024?
Dana Kerajaan Negeri Selangor diterima dalam bentuk geran yang disalurkan mengikut tahun sebagaimana yang dikehendaki seperti berikut:-
GERAN 2022 2023 2024 KERAJAAN NEGERI 8,420,172.79 3,640,786.59 NIL -
Adakah Kampus UNISEL Shah Alam dan Kampus UNISEL Bestari Jaya akan disatukan?
Pengurusan UNISEL telah mengambil tindakan memohon penggabungan Lesen Perakuan Pendaftaran bagi UNISEL Kampus Bestari Jaya dan UNISEL Kampus Shah Alam kepada pada 30 Jun 2020. Susulan daripada itu, pada 30 Disember 2020, pihak Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah meluluskan penggabungan Lesen Perakuan Pendaftaran UNISEL Kampus Bestari Jaya dan UNISEL Kampus Shah Alam. Berdasarkan kelulusan JPT, KPT tersebut dari aspek pengoperasian dan pengurusan, UNISEL Kampus Bestari Jaya berfungsi sebagai Kampus Induk, manakala UNISEL Kampus Shah Alam adalah sebagai Kampus Cawangan.