Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
78) PENGLIBATAN RAKYAT DALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT BAGI MEMBANTERAS RASUAH DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prestasi program ini bagi sesi 2008-2013?
Perundangan berkaitan salahlaku rasuah tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan dikuatkuasakan oleh SPRM. Sehubungan itu, penyampaian maklumat berkaitan rasuah oleh rakyat disalurkan terus kepada pihak SPRM. Berikut adalah statistik aduan kepada SPRM Selangor mengenai rasuah dari tahun 2008 hingga 2013:
TAHUN
KERTAS SIASATAN KERTAS RISIKAN KERTAS PENYIASATAN AWAL
2008 109 – – 2009 73 100 96 2010 96 102 39 2011 132 146 76 2012 104 125 85 2013 91 58 84 Berdasarkan kepada fakta di atas, SPRM Selangor berpendapat bahawa sekiranya aduan atau kes-kes berkaitan rasuah ke atas jabatan dan agensi serta individu-individu tertentu (yang berkuasa) meningkat, bermakna program-program membanteras rasuah masih belum berkesan dan begitu juga sebaliknya. Dalam erti kata lain semakin banyak aduan mengenai rasuah menunjukkan program- program membanteras amalan rasuah adalah kurang berkesan.
-
Berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut?
Maklumat perbelanjaan yang dikeluarkan bagi tahun 2008-2013 tidak dapat diperolehi daripada SPRM Selangor. Walau bagaimanapun, dimaklumkan bahawa peruntukan yang dibelanjakan oleh SPRM Selangor bagi menjalankan program membanteras amalan rasuah adalah berdasarkan unjuran kewangan jabatan dan peruntukan ini lazimnya adalah tidak tetap setiap tahun. Contohnya bagi tahun 2016 sahaja, SPRM Selangor telah menerima sejumlah RM75ribu untuk penganjuran program-program pencegahan rasuah. Antara program yang diadakan oleh SPRM Selangor melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS) adalah memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai rasuah dan kesannya kepada masyarakat dan
-
Apakah program semasa Kerajaan dalam melibatkan rakyat dalam membanteras rasuah di Selangor?
Program-program yang dijalankan melibatkan semua peringkat masyarakat dan dikategorikan mengikut kumpulan sasar dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS), SPRM